Kes Zara Qairina: Fahmi bidas ugutan terhadap pakar patologi Dr. Jessie Hiu

September 7, 2025 · Isu semasa

Fahmi Fadzil, mengecam sekeras-kerasnya tindakan sesetengah pihak yang menyalahgunakan media sosial untuk menyebar fitnah, mengaibkan individu, dan mengeluarkan ancaman jenayah, termasuk ugutan bunuh terhadap Pakar Patologi Forensik, Dr. Jessie Hiu.

Menteri Komunikasi itu membangkitkan insiden terbaharu yang membawa kepada penahanan seorang bekas guru besar di Semporna, Sabah, ekoran ugutan jenayah di media sosial terhadap Hiu yang merupakan saksi pertama dalam inkues kematian remaja Zara Qairina Mahathir.

“Ini sudah keterlaluan. Kita berhak bersuara tetapi ada had dan batasnya.

“Tidak boleh sampai memfitnah atau mengugut bunuh orang lain sehingga melanggar undang-undang,” tegas Fahmi pada program Hari Bersara Komuniti & Majlis Peluncuran Sistem Komunikasi Radio dan Internet Bersepadu Bergerak (PRIME) Peringkat Negeri Sabah di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Sungai Imam hari ini.

Fahmi menyatakan kesalnya dengan kejadian tersebut dan mengingatkan bahawa pihak berkuasa tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk ancaman.

“Sebagai contoh yang amat saya kesali, seorang bekas guru besar di Semporna ditahan kerana menyebarkan kenyataan berbaur ugutan jenayah,” tambahnya.

Dalam pada itu, Fahmi mendedahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah berjaya mengesan lebih 40 kandungan palsu dan jelik berkait isu 3R (Agama, Raja dan Bangsa) yang tular, termasuk berikutan insiden seorang wanita naik ke pentas utama bersama Sultan Perak semasa sambutan Hari Kebangsaan lalu.

Jelasnya, kandungan itu termasuk tuduhan palsu kononnya wanita terbabit berketurunan Cina, sedangkan hakikatnya beliau adalah berbangsa Melayu.

“Seorang ADUN serta dua individu lain telah dipanggil kerana menyebarkan berita palsu. Akaun-akaun palsu yang digunakan untuk menyebar fitnah juga telah dipadam melalui tindakan MCMC,” ujarnya.

Beliau turut menegaskan komitmen berterusan pihaknya melalui kerjasama polis dan MCMC untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak, termasuk ‘cybertrooper’ politik, yang mengaitkan insiden arwah Zara Qairina dengan tokoh politik serta orang kenamaan secara tidak berasas.

Berita berkaitan
Hajiji hadir kongres PKR, tanda hubungan dengan GRS baik
August 15, 2026· Politik
Komunikasi jelik terhadap Ismail Sabri: Jufazli kekal bebas, rayuan pendakwaan ditolak
August 10, 2026· Politik
Peruntukan MyKhas tak pernah masuk poket Ahli Parlimen: Fahmi
August 8, 2026· Politik
Warisan dakwa kenyataan tular palsu, masih bersama Kerajaan Perpaduan
August 3, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Minyak dunia bergolak, harga petrol tanpa subsidi naik 20 sen
August 19, 2026 · Isu semasa
Facebook dan TikTok jadi sarang utama kandungan scam
1 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan mula kaji sistem cukai hybrid SST-GST: Fahmi
4 jam lalu · Isu semasa
AUKU akan dimansuhkan, pentadbiran universiti diberi nafas baharu: Fahmi
4 jam lalu · Isu semasa
Kes wanita 62 tahun disimbah petrol, dendam jadi motif: Polis KL
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok