Kes Zara Qairina: Peguam desak AG dakwa pelaku puli, tohmahan ‘plot twist’ ditolak

August 14, 2025 · Isu semasa

Peguam mewakili keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir mencadangkan agar Jabatan Peguam Negara (AGC) mengambil tindakan pendakwaan terhadap individu yang terlibat dalam perbuatan buli, berikutan bukti yang ditemui dalam siasatan polis berhubung kematian remaja berusia 13 tahun itu.

Cadangan ini dikemukakan susulan kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, M. Kumar semalam yang mengesahkan siasatan pasukan petugas khas mendapati wujud bukti kukuh menunjukkan Zara Qairina menjadi mangsa buli sebelum kejadian tragis itu.

Menurut kumpulan peguam yang diketuai Shahlan Jufri, sekiranya AGC memutuskan untuk mendakwa individu terbabit di bawah Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan, prosiding inkues tidak perlu dilanjutkan.

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

“Jika bukti yang dikumpulkan polis cukup kukuh untuk dibawa ke mahkamah, kami mendesak AGC segera mendakwa pelaku buli tersebut.

“Namun, jika bukti masih belum mencukupi, siasatan lanjut perlu dijalankan sementara inkues diteruskan untuk menentukan punca sebenar kematian Zara,” jelas Shahlan dalam kenyataan bersama hari ini.

Semalam, Kumar memberitahu media siasatan polis mendapati wujud unsur buli sebelum kematian Zara Qairina, dan kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan.

Sementara itu, AGC memutuskan untuk mengadakan inkues bagi menyiasat punca kematian pelajar itu, termasuk mengesan sama ada terdapat unsur jenayah.

Shahlan turut mengecam keras “plot twist” yang disebarkan di media sosial beberapa minggu lalu yang mendakwa ibu Zara, Noraidah Lamat, terlibat dalam insiden tersebut. Beliau menegaskan bahawa naratif itu adalah fitnah jahat yang direka untuk mencemarkan nama keluarga mangsa.

“Kenyataan polis semalam membuktikan bahawa tohmahan terhadap anak guam kami adalah palsu dan berniat jahat. Kami berharap masyarakat tidak mudah terpengaruh dengan spekulasi tidak berasas,” tegasnya.

Shahlan juga menggesa sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini tampil membantu polis.

“Jika anda takut atau memerlukan bantuan, kami sedia membantu. Yang penting, kebenaran harus terungkap untuk Zara,” ujarnya.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada polis atas tindakan pantas dalam siasatan serta rakyat Malaysia yang terus menyokong perjuangan mencari keadilan untuk Zara. Namun, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi yang boleh menjejaskan proses siasatan.

Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri selepas terjatuh dari tingkat tiga asrama sebuah sekolah agama di Papar pada 16 Julai lalu dan meninggal dunia keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI).

Kematiannya mencetuskan kemarahan ramai apabila timbul dakwaan bahawa ia berkait dengan buli di sekolah berkenaan

Berita berkaitan
Kes tender PDRM: Saksi dedah bekas pegawai Hamzah rasa kecewa berhubung bayaran RM2 juta
July 23, 2026· Isu semasa
PDRM mohon Interpol keluar notis merah jejak Tamim Dahri
July 15, 2026· Isu semasa
Rakyat Malaysia ditahan di Macau bawa heroin RM2 juta: Laporan
July 6, 2026· Isu semasa
Penjawat awam rugi lebih RM22,000 diperdaya iklan pelaburan Facebook
July 1, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
RCI Tabung Haji: Kerajaan buat keputusan Rabu ini
1 jam lalu · Isu semasa
CTPR: MCMC perkukuh kapasiti kawal selia digital Malaysia, ASEAN
1 jam lalu · Isu semasa
Jangan heret istana dalam politik : Istana Negeri Sembilan
3 jam lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka tinggi menjelang PRN Negeri Sembilan: Bernama
7 jam lalu · Isu semasa
MCMC perkukuh penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi Program MADANI Kita
July 25, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Khaled Nordin lekeh Bersatu macam budak-budak, banyak mana pengalaman dia dengan saya?
8 jam lalu
[VIDEO] Nasir Rahman tekad bantu peniaga dan anak muda Bagan Pinang jika dipilih
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok