Konflik tercetus antara Iran dengan Amerika Syarikat menggugat keamanan dunia.
Kerajaan memberi jaminan bahawa keselamatan lebih 29,112 rakyat Malaysia yang kini berada di Asia Barat menjadi keutamaan susulan ketegangan terbaharu melibatkan serangan Israel dan Amerika Syarikat ke atas Iran.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan bertanggungjawab memastikan rakyat Malaysia yang bekerja, menetap, melancong dan menunaikan umrah di rantau itu sentiasa dilindungi.
“Tentunya sebagai kerajaan, kita bertanggungjawab untuk memelihara dan menjamin keselamatan rakyat Malaysia supaya keberadaan mereka di sana dapat dijamin keselamatan,” katanya ketika mengemukakan usul mengutuk serangan tersebut di Dewan Rakyat hari ini.
Menurut beliau, konflik yang semakin memuncak telah menyebabkan gangguan besar terhadap penerbangan antarabangsa, sekali gus menjejaskan pergerakan keluar masuk rakyat Malaysia.
Ramai dilaporkan terkandas susulan penutupan ruang udara di beberapa negara Asia Barat.
“Ramai terkandas akibat penutupan ruang udara dan gangguan penerbangan. Sebahagiannya memang sudah menetap dan bekerja di sana. Sebahagian lagi adalah pelancong dan jemaah umrah,” jelasnya.
Anwar memaklumkan antara negara yang menempatkan rakyat Malaysia paling ramai ketika ini ialah Qatar, Emiriah Arab Bersatu, Arab Saudi dan Jordan.
Beliau berkata, Kementerian Luar melalui Wisma Putra bersama kedutaan Malaysia di negara terlibat sedang memantau situasi secara dekat serta menghubungi rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular.
“Penerbangan dibolehkan dari Arab Saudi tetapi dari negara lain masih lagi belum mendapat kepastian,” katanya lagi.
Ketegangan di Asia Barat kembali memuncak selepas tindakan ketenteraan terbaharu yang mencetuskan kebimbangan global terhadap keselamatan awam dan kestabilan serantau.
Beberapa negara mengambil langkah menutup atau mengehadkan ruang udara sebagai langkah berjaga-jaga, sekali gus memberi kesan langsung kepada pergerakan ribuan warga asing, termasuk rakyat Malaysia.
Kerajaan menegaskan komitmen untuk terus memantau perkembangan semasa dan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan keselamatan semua rakyat Malaysia di rantau berkenaan kekal terpelihara.
Hanya 15 peratus rakyat beli diesel pada harga pasaran: PMX
Nahas helikopter Kalimantan Barat: Rakyat Malaysia terkorban dikenal pasti
MCMC rakam keterangan individu sebar berita diesel palsu ke Filipina
Polis pertahan guna Akta Hasutan terhadap pengguna TikTok
Kes tular pemandu bas riba kekasih: Pasangan dipenjara, didenda RM5,000
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan