Kesesakan Paya Rumput: Azman cadang lampu isyarat pintar

9 jam lalu · Politik

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Azman Abidin mencadangkan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi menyelaras operasi lampu isyarat mengikut kepadatan trafik di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, penggunaan teknologi itu mampu membantu melancarkan pergerakan kenderaan dengan menyesuaikan tempoh lampu isyarat berdasarkan jumlah kenderaan dan aliran trafik di setiap persimpangan.

Menurutnya, sistem berasaskan AI mempunyai kelebihan berbanding kaedah sedia ada yang bergantung kepada sensor untuk mengesan kehadiran kenderaan sebelum menentukan perubahan lampu isyarat.

“Teknologi ini bukan perkara baharu kerana beberapa negara maju sudah menggunakannya untuk mengawal lalu lintas dan pendekatan serupa wajar dipertimbangkan bagi Paya Rumput.

“Teknologi itu lebih mampu milik memandangkan pembinaan jejambat atau pelebaran jalan akan melibatkan kos tinggi dan mengambil masa,” katanya kepada Bernama.

Azman berkata, masalah kesesakan lalu lintas menjadi antara isu utama yang perlu diberikan perhatian berikutan pertumbuhan pesat kawasan perumahan di Paya Rumput yang tidak disertai pembangunan rangkaian jalan raya mencukupi.

Beliau turut berkongsi pengalaman sendiri apabila terpaksa melalui 13 lampu isyarat dalam perjalanan dari Alor Gajah ke Paya Rumput, sekali gus menggambarkan cabaran dihadapi pengguna jalan raya setiap hari.

Katanya, pertambahan kawasan perumahan menyebabkan lebih ramai penduduk menggunakan jalan utama yang sama, sekali gus meningkatkan tekanan terhadap infrastruktur sedia ada.

“Perumahan di sini sudah terlalu banyak tetapi jalan raya yang sama, jalan utama masih sama. Saya percaya perancangan bandar juga perlu diteliti supaya rangkaian jalan raya dapat menampung pertambahan trafik seiring dengan pembangunan,” katanya.

Beliau berpandangan penyelesaian kesesakan trafik tidak seharusnya bergantung kepada pembinaan infrastruktur baharu semata-mata, sebaliknya teknologi pintar juga boleh dimanfaatkan bagi meningkatkan kecekapan pengurusan lalu lintas.

Azman yang pertama kali bertanding dalam PRN Melaka berdepan saingan tiga penjuru di DUN Paya Rumput menentang Rafie Ahmad daripada Perikatan Nasional (PN) dan Abdul Rashid Abu Bakar daripada Parti Bersama Malaysia (Bersama).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 November sebagai hari pengundian PRN Melaka, manakala pengundian awal berlangsung pada 10 November ini.

Berita berkaitan
PRN Melaka: Abang Long akan jalan 10km dekati pengundi Duyong
November 6, 2026· Politik
Manifesto BN-PN: Air percuma, rumah mampu milik jadi taruhan di Melaka
November 6, 2026· Politik
Tiada kerjasama rasmi Bersatu-PH, sokongan tetap dialu-alukan: Muhyiddin
November 6, 2026· Politik
PRN Melaka: Isu kemudahan asas Machap Jaya jadi fokus Ginie jika menang
5 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Najib kembali ke Penjara Kajang, tahanan rumah ditangguh
November 6, 2026 · Politik
Tahanan rumah Najib ditangguh, AGC teliti isu undang-undang
November 6, 2026 · Politik
Muhyiddin gesa jelaskan peraturan tahanan rumah Najib
November 6, 2026 · Politik
Najib pulang ke rumah, Loke kekal dengan keputusan letak jawatan
November 6, 2026 · Politik
UMNO bayar denda Najib boleh beri gambaran salah kepada rakyat: PMX
5 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
November 1, 2026
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok