Ketua Cawangan PAS di Melaka gagal hadir ke mahkamah, waran tangkap dikeluarkan

October 7, 2025 · Politik

Seorang lelaki yang didakwa menyalahgunakan kemudahan rangkaian sosial dengan menyiarkan kandungan penghinaan menerusi Facebook, kini berhadapan dengan waran tangkap selepas gagal hadir ke mahkamah pada Isnin.

Azmi bin Aziz, yang dikenal pasti sebagai Ketua Cawangan PAS di sebuah kawasan di Melaka, didakwa di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998).

Beliau dilaporkan menggunakan akaun Facebook bernama “عزمي حاجعزيز (Azmi Haji Aziz)” untuk menyiarkan karikatur yang sudah diubah suai.

Kandungan tersebut dipercayai mempunyai unsur penghinaan dan gangguan terhadap pihak lain, selain jelas menonjolkan elemen politik.

Menurut kenyataan mahkamah, saman terhadap tertuduh telah berjaya diserahkan pada 30 September 2025, tetapi Azmi didapati tidak hadir ke Mahkamah Sesyen Siber Kuala Lumpur pagi ini tanpa memberikan sebarang alasan yang kukuh.

Sehubungan dengan itu, pihak mahkamah telah mengambil tindakan tegas dan telah mengeluarkan waran tangkap terhadapnya hari in.

Kes ini kini ditetapkan untuk sebutan semula bagi tujuan waran pada 6 November 2025.

Kesalahan di bawah Seksyen 233(1)(a) AKM 1998, jika sabit kesalahan, boleh membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun, atau kedua-duanya sekali.

Berita berkaitan
Dakwaan tawaran AS jatuhkan kerajaan: Polis terima 12 laporan terhadap Hadi
3 jam lalu· Politik
Mahfuz: PAS jangan jadikan syurga sebagai umpan undi
6 jam lalu· Politik
Bukit Aman hubungi Hadi dakwaan AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan Malaysia
9 jam lalu· Politik
PRN Melaka makin dekat, DUN bubar dua Jumaat lagi Rauf beri bayangan
10 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
AS nafi campur tangan, AMK desak Hadi tampil dengan bukti
10 jam lalu · Politik
Dakwa kuasa asing terlibat, kenapa tak lapor polis soal ketua AMK
10 jam lalu · Politik
Tiada retak dalam hubungan PH-BN, kerajaan masih utuh: Chang Lih Kang
11 jam lalu · Politik
PRU-16 awal: AMK dakwa UMNO mahu beri laluan PAS jadi PM
13 jam lalu · Politik
Isu campur tangan AS, PKR Setiawangsa buat laporan polis terhadap Hadi
13 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok