Ahli Parlimen Ketereh, Khlir Mohd Nor.
Ahli Parlimen Ketereh, Khlir Mohd Nor menegaskan tidak terkesan dengan tindakan Bersatu yang menggantung keahliannya selama dua penggal berkuat kuasa serta-merta.
Menurutnya, kedudukannya sebagai wakil rakyat tidak terjejas kerana beliau bertanding atas tiket PAS pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), bukannya menggunakan logo Bersatu.
“Tak ada kesan apa-apa pada saya. Saya bertanding atas tiket PAS. Saya masih lagi ahli parlimen, saya bukan bertanding atas tiket Bersatu,” katanya dipetik laporan Malaysiakini.
Semalam, Bersatu mengumumkan tindakan disiplin terhadap beberapa pemimpin dan wakil rakyat parti itu susulan dakwaan melanggar peraturan parti.
Selain Khlir, empat lagi ahli parlimen yang digantung ialah Ikmal Hisham Abdul Aziz, Khalib Abdullah, Rosol Wahid dan Nordin Ahmad Ismail.
Dalam masa sama, dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah iaitu Dzowahir Ab Ghani dan Abdul Razak Khamis dipecat daripada parti.
Turut dikenakan tindakan gantung ialah dua ADN Perak, Ahmad Man dan Syed Lukman Hakim Syed Mohd Zain.
Khlir yang juga bekas pegawai kanan tentera berkata masih meneliti langkah seterusnya termasuk sama ada mahu mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu.
“Dalam Bersatu pun saya tak ada jawatan apa-apa. Saya bukan ketua bahagian atau ahli jawatankuasa. Saya cuma ahli biasa. Tak ada apa saya nak merayu pun, tapi saya akan fikir dulu macam mana,” katanya.
Untuk rekod, PAS dan Bersatu merupakan komponen utama dalam Perikatan Nasional (PN) dan kedua-dua parti bekerjasama menggunakan logo PAS di beberapa kerusi tertentu pada PRU-15, termasuk di Kelantan dan Terengganu.
Pasukan khas pantau isu 3R menjelang PRN Johor, Negeri Sembilan
Hakim sifatkan skandal 1MDB sebagai kleptokrasi terburuk dunia
Fahmi nasihat Ketua Pengarah J-Kom agar berhati-hati di media sosial
BN hampir selesai rundingan kerusi, fokus kempen berteraskan dasar: Asyraf Wajdi
Dikritik ‘katak’ politik, Zaid sasar kembali bertanding PRU atas tiket PAS
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar