KJ masih belum mohon kembali ke UMNO: Khaled

January 27, 2026 · Politik

UMNO setakat ini masih belum menerima sebarang permohonan rasmi daripada mana-mana bekas pemimpin parti, termasuk Khairy Jamaluddin, untuk kembali menyertai UMNO.

Naib Presiden UMNO merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa, Mohamed Khaled Nordin, berkata perkara itu kekal sama sejak berakhirnya Perhimpunan Agung UMNO 2025, apabila tiada sebarang permohonan diterima untuk dipertimbangkan oleh parti.

“Belum ada lagi permohonan daripada mana-mana,” katanya ringkas ketika ditemui selepas program Projek Jiwa Madani Kementerian Pertahanan 2026 di Masjid An-Najwan, Kampung Cheng, hari ini.

Nama Khairy kembali menjadi bualan politik selepas kehadirannya pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada 15 Januari lalu.

Kehadiran bekas Ahli Parlimen Rembau itu mencetuskan spekulasi bahawa beliau sedang membuka laluan untuk kembali ke dalam UMNO, selepas dipecat daripada parti pada 2024.

Sebelum ini, turut timbul dakwaan Khairy bakal menyertai semula UMNO menjelang hujung tahun lalu dan dikatakan mendapat sokongan pimpinan tertinggi parti, termasuk Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi.

Namun sehingga kini, perkara itu masih belum diterjemahkan dalam bentuk permohonan rasmi.

Mengulas peranan Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa, Khaled menjelaskan jawatankuasa itu ditubuhkan bagi mengukuhkan kembali kesatuan dalam UMNO, khususnya melibatkan bekas ahli dan pemimpin yang pernah meninggalkan parti, selain memperkukuh kerjasama politik sesama kelompok Melayu.

“Tugas saya adalah menerima dan meneliti sebarang permohonan untuk kembali ke UMNO sebelum mengemukakan syor kepada kepimpinan parti. Saya tidak membuat keputusan muktamad, tetapi menilai dari sudut politik dan kepentingan parti,” katanya.

Menurut beliau, setiap permohonan perlu ditimbang dengan teliti, terutama membabitkan individu yang pernah meninggalkan atau menentang parti, bagi memastikan langkah penyatuan itu benar-benar mengukuhkan UMNO, bukan sebaliknya.

Berita berkaitan
Onn Hafiz ubah jadual untuk hadir ke majlis bersama Loke
7 jam lalu· Isu semasa
BN hampir selesai rundingan kerusi, fokus kempen berteraskan dasar: Asyraf Wajdi
8 jam lalu· Politik
Onn Hafiz dan Loke bertemu selepas perang mulut politik
8 jam lalu· Isu semasa
UMNO nafi dakwaan jadi punca kerajaan Negeri Sembilan tidak stabil: Asyraf Wajdi
June 14, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Pasukan khas pantau isu 3R menjelang PRN Johor, Negeri Sembilan
1 jam lalu · Politik
Hakim sifatkan skandal 1MDB sebagai kleptokrasi terburuk dunia
1 jam lalu · Politik
Fahmi nasihat Ketua Pengarah J-Kom agar berhati-hati di media sosial
1 jam lalu · Politik
PAS cadang perpaduan Melayu, tetapi tak mahu Hamzah dalam parti
10 jam lalu · Politik
Dikritik ‘katak’ politik, Zaid sasar kembali bertanding PRU atas tiket PAS
10 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
22 jam lalu
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok