KKM sasar pengharaman vape sepenuhnya pada 2026

September 25, 2025 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan pengharaman menyeluruh terhadap rokok elektronik dan vape menjelang tahun 2026.

Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad berkata garis masa itu dirangka berdasarkan syor jawatankuasa pakar yang ditubuhkan kementeriannya.

“Ya, saya berharap ia akan berlaku sekitar pertengahan 2026. Jika tidak, maka pada separuh kedua tahun itu.

“Namun, kita tetap mahu mengharamkannya,” jelas Dr Dzulkefly selepas merasmikan National Blueprint for Behavioural Insights in Health hari ini.

Beliau menegaskan komitmen kerajaan adalah untuk melindungi kesihatan awam, terutamanya generasi muda yang menjadi kumpulan utama pengguna produk tersebut.

Pelaksanaan pengharaman ini akan dilaksanakan secara berperingkat, bermula dengan pengharaman sistem terbuka sebelum diperluas kepada semua jenis peranti vape.

Namun, Dr Dzulkefly menekankan sebarang keputusan muktamad perlu mendapat kelulusan Kabinet terlebih dahulu.

“Kita mengambil pendekatan secara berfasa. Usaha ini akhirnya adalah untuk mengharamkan vape sepenuhnya. Tetapi saya tidak boleh mendahului keputusan Kabinet,” ujarnya.

Menurutnya, KKM sedang dalam proses menyiapkan Memorandum Jemaah Menteri (MJM) yang akan membentangkan butiran terperinci, termasuk fasa-fasa pelaksanaan dan justifikasi pengharaman berdasarkan bukti saintifik.

“Jawatankuasa pakar sedang meneliti perkara ini dengan lebih konkrit. Apabila memorandum dibentangkan, semua hujah akan dikemukakan,” tambahnya.

Beliau menggesa semua pihak supaya bersabar menunggu pengumuman rasmi kerajaan berhubung pelan tersebut, yang akan memuktamadkan bila dan bagaimana pengharaman itu dilaksanakan.

Langkah ini dilihat sebagai usaha proaktif kerajaan bagi membendung penyalahgunaan produk vape yang semakin membimbangkan.

Kerajaan sasarkan pengharaman vape sepenuhnya pada 2026

Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan pengharaman menyeluruh terhadap rokok elektronik dan vape menjelang tahun 2026.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata garis masa itu dirangka berdasarkan syor jawatankuasa pakar yang ditubuhkan kementeriannya.

“Ya, saya berharap ia akan berlaku sekitar pertengahan 2026. Jika tidak, maka pada separuh kedua tahun itu.

“Namun, kita tetap mahu mengharamkannya,” jelas Dr Dzulkefly selepas merasmikan National Blueprint for Behavioural Insights in Health hari ini.

Beliau menegaskan komitmen kerajaan adalah untuk melindungi kesihatan awam, terutamanya generasi muda yang menjadi kumpulan utama pengguna produk tersebut.

Pelaksanaan pengharaman ini akan dilaksanakan secara berperingkat, bermula dengan pengharaman sistem terbuka sebelum diperluas kepada semua jenis peranti vape.

Namun, Dr Dzulkefly menekankan sebarang keputusan muktamad perlu mendapat kelulusan Kabinet terlebih dahulu.

“Kita mengambil pendekatan secara berfasa. Usaha ini akhirnya adalah untuk mengharamkan vape sepenuhnya. Tetapi saya tidak boleh mendahului keputusan Kabinet,” ujarnya.

Menurutnya, KKM sedang dalam proses menyiapkan Memorandum Jemaah Menteri (MJM) yang akan membentangkan butiran terperinci, termasuk fasa-fasa pelaksanaan dan justifikasi pengharaman berdasarkan bukti saintifik.

“Jawatankuasa pakar sedang meneliti perkara ini dengan lebih konkrit. Apabila memorandum dibentangkan, semua hujah akan dikemukakan,” tambahnya.

Beliau menggesa semua pihak supaya bersabar menunggu pengumuman rasmi kerajaan berhubung pelan tersebut, yang akan memuktamadkan bila dan bagaimana pengharaman itu dilaksanakan.

Langkah ini dilihat sebagai usaha proaktif kerajaan bagi membendung penyalahgunaan produk vape yang semakin membimbangkan.

Berita berkaitan
Portal KKM ditutup sementara, tiada tanda kebocoran data kritikal
June 30, 2026· Isu semasa
Portal rasmi KKM diserang penggodam
June 27, 2026· Isu semasa
Warga Rohingya tetap bayar caj rawatan, tiada subsidi diberikan: Dr Dzulkefly
June 15, 2026· Isu semasa
Kerajaan tanggung kos pos ubat 80,000 pesakit mulai Julai: Fahmi
June 15, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
SMART berlepas ke Nepal, cari mangsa tanpa kira negara
3 jam lalu · Isu semasa
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
16 jam lalu · Isu semasa
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
19 jam lalu · Isu semasa
Agong perkenan darurat jerebu di Serian: PMO
20 jam lalu · Isu semasa
Kes MEX II: DNAA Abu Sahid, isteri ditolak mahkamah
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok