Kontroversi projek MyKiosk KPKT, SPRM mula siasatan aduan rasuah

July 2, 2025 · Isu semasa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan sudah mengambil langkah membuka kertas siasatan melibatkan kontroversi projek MyKiosk bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Siasatan itu dijalankan susulan terdapat aduan berkaitan wujud amalan rasuah dan penyelewengan berhubung tender pembinaannya yang didakwa menelan kos perbelanjaan tidak munasabah.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Zainul Darus, berkata siasatan susulan aduan daripada sebuah parti politik berkaitan wujudnya amalan rasuah dan penyelewengan berhubung tender pembinaannya.

Katanya, siasatan awal berhubung aduan itu dilakukan pihaknya dan pada masa sama Bahagian Penyiasatan Tatakelola (BPT) juga memulakan proses penyiasatan secara serentak.

“Selain KPKT yang telah mengemukakan laporan penuh berhubung proses dan pemberian tender yang berkaitan, beberapa pihak terlibat turut memberi beberapa dokumen berkaitan projek ini.

“Dalam siasatan ini, SPRM akan memberi tumpuan kepada dua perkara iaitu pengesanan sekiranya wujud amalan rasuah dan penyelewengan dalam proses tender,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, SPRM juga akan meneliti keseluruhan proses tatakelola jika wujud kepincangan dan pelanggaran peraturan, sistem dan prosedur yang ditetapkan.

Menurutnya, siasatan dijalankan bawah Akta SPRM 2009.

Berita berkaitan
Akta Tabung Haji akan dipinda, amanah umat Islam jadi keutamaan
9 jam lalu· Politik
Ulama tampil bincang RCI Tabung Haji, gesa amanah pendeposit dibela
9 jam lalu· Isu semasa
Anak nafi dakwaan tular Abdul Azeez ditahan SPRM
17 jam lalu· Isu semasa
Empat bekas pengurusan kanan TH ditahan SPRM: Laporan
August 15, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
1,098 Pusat NADI sasar pecah rekod MBOR dalam program Senam Sihat MADANI
15 jam lalu · Isu semasa
AUKU mansuh, Anwar mahu mahasiswa bebas bersuara
15 jam lalu · Isu semasa
Doktor terpedaya pelaburan online, rugi RM558,000
17 jam lalu · Isu semasa
Karnival Internet Selamat himpunkan lebih 500 penduduk Kalabakan
August 15, 2026 · Isu semasa
Lapan penerbangan dilencongkan selepas insiden helikopter di Subang
August 15, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
8 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok