Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution senbelum ini meminta Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin tampil menyerahkan maklumat lengkap berhubung isu kultus dari Korea.
Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dipercayai memiliki maklumat lengkap berkaitan dakwaan kegiatan satu gerakan kultus dari Korea Selatan yang didakwa aktif di Malaysia dan melibatkan beberapa tokoh politik tempatan.
Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin, berkata sebelum ini tidak mengeluarkan kenyataan rasmi kepada media berhubung isu berkenaan, kecuali satu hantaran ringkas di Facebook pada 3 Disember lalu.
Menurutnya, selepas isu itu dibangkitkan oleh Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, banyak pihak media dalam dan luar negara menghubunginya, namun beliau memilih untuk tidak memberi sebarang komen buat sementara waktu.
“Sejak kenyataan YB Menteri, ramai wartawan bertanya, tetapi saya tidak memberikan maklum balas kerana sedang menimbang beberapa isu lain yang memerlukan perhatian,” katanya menerusi hantaran di media sosial.
Beliau berkata, keputusannya itu juga didorong oleh keyakinan pihak keselamatan sudah mempunyai gambaran jelas mengenai gerakan terbabit.
“Di samping itu, saya percaya Cawangan Khas tentu mempunyai maklumat tentang hal ini. Pasukan penyelidik yang membentangkan kepada Jawatankuasa Fatwa Perlis juga telah menyiapkan sebuah buku bersama bahan-bahan berkaitan,” katanya.
Mohd Asri yang kini berada di Dubai atas undangan Kerajaan Abu Dhabi turut menggesa kerajaan agar memberi perhatian serius terhadap kewujudan unsur kultus yang boleh mencetuskan ketegangan dalam masyarakat majmuk atau memesongkan akidah umat Islam.
“Kerajaan perlu menyiasat, memantau dan mengambil langkah yang perlu demi keamanan serta kebaikan negara,” ujarnya.
Beliau turut mendedahkan satu taklimat berkaitan gerakan kultus itu telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis baru-baru ini.
“Gerakan ini didakwa membawa ajaran yang sangat janggal dan menyimpang. Ia aktif atas nama keamanan dan keharmonian, tetapi sebenarnya berorientasikan ajaran mereka sendiri,” katanya.
Apa yang lebih membimbangkan, menurut beliau, ialah penglibatan tokoh tertentu.
“Yang menimbulkan persoalan, ada juga ahli Parlimen Muslim dan individu penting negara kelihatan aktif menyertai serta membantu gerakan ini,” katanya.
Pada 11 Disember lalu, Kementerian Dalam Negeri dilaporkan meminta Mohd Asri tampil menyerahkan maklumat berkaitan dakwaan berkenaan bagi membolehkan siasatan dimulakan oleh PDRM.
Kapal bawa ketamin RM785 juta milik syarikat Malaysia: Polis
Kerajaan sanggup tanggung subsidi minyak demi rakyat: PMX
Anwar: Ekonomi meningkat, masalah kos sara hidup rakyat tak diabaikan
23 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban tertinggi setakat 4 petang
Jangan serah keselamatan digital anak kepada platform semata-mata
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum