Langkah guna MyKad salur tunai SARA berjaya elak penyelewengan, ketirisan: Fahmi

September 6, 2025 · Isu semasa

Penggunaan MyKad dalam program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) telah menjadi mekanisme terbaik bagi mengelakkan sebarang penyelewengan atau ketirisan dalam pembelian barangan asas.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata kejayaan pendekatan itu terbukti menerusi peningkatan konsisten dalam transaksi Penghargaan SARA sebanyak RM100 dari semasa ke semasa.

“Ini merupakan petunjuk positif bahawa penggunaan MyKad, khususnya dalam program SARA, adalah cara terbaik untuk memastikan tiada penyelewengan atau ketirisan dalam pembelian barangan asas,” katanya ketika berucap pada program Sembang Santai Komuniti MADANI di Kampung Cocos pada Sabtu.

Beliau berkata, Kementerian Kewangan memaklumkan sistem tersebut stabil dan jumlah transaksi yang diproses setiap hari menunjukkan peningkatan.

Dalam perkembangan lain, Fahmi turut menjelaskan mengenai inkues berhubung kematian Zara Qairina Mahathir yang sedang berlangsung di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu.

Beliau menegaskan inkues itu adalah sebahagian daripada proses mahkamah dan berdasarkan perbincangan dengan Jabatan Peguam Negara (AGC), sebarang kenyataan yang menghina, mengelirukan atau mengganggu perjalanan mahkamah adalah bersifat subjudis.

Fahmi menambah, jika Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerima aduan daripada peguam atau orang awam mengenai kenyataan tidak tepat, platform-platform dalam talian boleh diminta untuk menurunkan kandungan berkenaan.

Zara Qairina, 13, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, pada 17 Julai lepas selepas ditemui tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada 16 Julai.

Berita berkaitan
Semak dulu fakta isu peruntukan KKDW: Tunku Nashrul
September 3, 2026· Politik
Belanja lebih peruntukan boleh jahanam negara: Kamil Munim
September 2, 2026· Politik
KKDW terlebih belanja projek jalan luar bandar, MoF tampil jelaskan
September 2, 2026· Isu semasa
BUDI MADANI: Had subsidi naik 300 liter mulai esok
August 31, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
13 jam lalu · Isu semasa
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
16 jam lalu · Isu semasa
Agong perkenan darurat jerebu di Serian: PMO
16 jam lalu · Isu semasa
Kes MEX II: DNAA Abu Sahid, isteri ditolak mahkamah
17 jam lalu · Isu semasa
Pegawai IT lesap RM20,000 ditipu tawaran ‘cash out’ BNPL
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok