Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 3/2025 mendedahkan sebanyak 157 projek dikenal pasti.
Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 3/2025 mendedahkan terdapat 157 projek pembangunan kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) tergolong dalam kategori ‘projek sakit’ atau projek yang lewat jadual.
Kegagalan itu membabitkan sebanyak 18 kementerian, dengan Kementerian Pendidikan mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 46 projek, diikuti oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (34 projek).
Lebih membimbangkan, laporan tersebut mendedahkan empat daripada projek tersebut berada dalam keadaan yang sangat kronik, mencatatkan kelewatan fizikal melebihi 20 peratus.
“Empat projek sakit ini telah menerima antara dua hingga 10 Perakuan Kelambatan dan Lanjutan Masa dengan tempoh lanjutan sehingga 785 hari,” menurut LKAN 3/2025.
Dari segi kewangan, prestasi perbelanjaan bagi tempoh 2021 hingga 2024 menunjukkan perbelanjaan sebanyak RM315.932 bilion telah melebihi peruntukan asal yang diluluskan iaitu RM307.908 bilion.
Jumlah perbelanjaan ini telah mencapai 76.1 peratus daripada siling peruntukan RM415.0 bilion untuk keseluruhan tempoh RMK12.
Secara keseluruhan, daripada 8,755 projek di bawah RMK12, majoriti 2,597 projek dilaporkan berjalan mengikut jadual.
Bagaimanapun, selain 157 projek yang sakit, terdapat 114 projek lagi yang dilaporkan lewat jadual dan 242 projek yang mencatatkan tiada sebarang kemajuan.
“Setiap kementerian atau jabatan hendaklah mengambil tindakan penyelesaian segera terhadap projek lewat jadual di bawah RMK12 bagi memastikan projek yang dirancang dapat disiapkan sepenuhnya menjelang akhir 2025,” kata laporan itu lagi.
Penekanan ini diberikan memandangkan tahun 2025 merupakan tahun terakhir bagi pelaksanaan RMK12, menjadikan usaha mengejar ketinggalan ini amat kritikal.
MCMC siasat hantaran 3R hina Tuanku Muhriz
Isu eFishery: KWAP masih kukuh, Tengku Zafrul sifatkan dakwaan bankrap sebagai ‘auta’
NADI sasar jadi pusat lahirkan pakar AI luar bandar: MCMC
Kementerian kurangkan latihan di hotel ambil langkah berhemah berbelanja: Fahmi
Perbicaraan Vivy Yusof: Saksi beritahu RM8 juta masuk dipindahkan ke akaun lain
[VIDEO] PH sudah buktikan 8 tahun tadbir Negeri Sembilan, PRN ini teruskan kerajaan yang stabil
[VIDEO] Aminuddin akui laluan tak mudah, sanggup berlari untuk tawan DUN Linggi, kubu kuat BN