SPRM siasat isu ketirisan dan rasuah babitkan UKM

February 27, 2026 · Isu semasa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memulakan siasatan awal minggu hadapan berhubung isu tatakelola dan ketidakaturan pengurusan kewangan membabitkan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Dalam satu kenyataan hari ini, SPRM memaklumkan tindakan itu dibuat selepas meneliti dapatan dalam Laporan Ketua Audit Negara 1/2026 yang mendedahkan pelbagai ketidakaturan serius dalam pengurusan kewangan universiti awam berkenaan bagi tahun kewangan 2024.

Menurut SPRM, siasatan akan meneliti sama ada wujud kelemahan tadbir urus atau unsur jenayah seperti rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.

“Siasatan akan dilakukan secara profesional, bebas dan berlandaskan undang-undang tanpa prejudis terhadap mana-mana pihak,” katanya.

Agensi itu turut menegaskan, tindakan sewajarnya akan diambil sekiranya terdapat bukti kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 atau undang-undang lain yang berkaitan.

Laporan audit berkenaan mendedahkan kutipan keseluruhan yuran pelajar bagi program SPEND dan DPLI mencecah RM60.77 juta.

Bagaimanapun, hanya RM2.43 juta direkodkan oleh UKM, manakala RM50.74 juta dikutip melalui sebuah koperasi, dengan baki RM7.60 juta masih belum diterima.

Audit turut mengesan kutipan yuran tanpa kuasa berjumlah RM50.74 juta serta perjanjian kerjasama yang tidak mendapat kelulusan Menteri Kewangan.

Sebanyak RM32.36 juta daripada hasil yuran tidak direkodkan sebagai pendapatan universiti.

Malah, daripada jumlah yang dikutip koperasi, RM21.02 juta lewat diserahkan antara 31 hingga 291 hari, manakala RM5.32 juta masih belum dipulangkan walaupun tempohnya melebihi tiga tahun.

Lebih membimbangkan, lima pegawai UKM didapati memegang jawatan penting dalam koperasi sama, sekali gus menimbulkan isu konflik kepentingan.

Dalam laporan sama, audit mengesan ketidakaturan perbelanjaan di UKMShape melibatkan jumlah keseluruhan RM57.67 juta, dengan RM6.69 juta dikenal pasti sebagai tidak teratur.

Ia termasuk komisen kepada ejen tidak layak berjumlah RM5.94 juta serta perbelanjaan luar negara kepada enam individu bukan kakitangan universiti.

Berita berkaitan
RM5 juta masuk akaun Bersatu, tiada satu masuk dalam akaun peribadi: Saksi
7 jam lalu· Politik
Bekas pengarah penyelidikan IPTA ditahan kes rasuah RM1 juta: Laporan
April 15, 2026· Isu semasa
Kawalan ketat SPRM semasa program Azam Baki, elak kekecohan berulang
April 14, 2026· Isu semasa
Salah faham isu dakwaan diesel dihantar ke Filipina: Fahmi
April 14, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Pelaburan RM2 bilion perkasa usahawan bumiputera: Anwar
6 jam lalu · Isu semasa
Seorang didakwa, lima dikompaun kes berita palsu isu minyak: MCMC
7 jam lalu · Isu semasa
Harga beras Asia naik mendadak ekoran krisis Asia Barat
16 jam lalu · Isu semasa
Dron AS bernilai AS$238 juta hilang semasa operasi di Iran: Laporan
16 jam lalu · Isu semasa
Keperluan bahan api dalam negara diutamakan sebelum bekal kepada Australia: PMX
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok