Lebih RM20 bilion penyelesaian tunai 1MDB diterima setakat ini: Laporan

October 15, 2025 · Isu semasa

Kerajaan dan 1MDB sehingga kini telah mencapai penyelesaian dengan tiga institusi kewangan iaitu Goldman Sachs berjumlah US$3.9 bilion (RM16.48 billion), AmBank Group (RM2.83 bilion) dan JP Morgan (Switzerland) Ltd sebanyak RM1.4 bilion.

Kementerian Kewangan (MOF) menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat semalam memaklumkan kesemua hasil penyelesaian tunai daripada ketiga-tiga institusi kewangan berkenaan telah diterima sepenuhnya dan dimasukkan ke dalam Akaun Amanah Mendapatkan Kembali Aset di bawah kendalian MOF.

“Pada 11 Okt 2023, Goldman Sachs Group Inc. telah memfailkan suatu Permohonan Timbang Tara di London Court of International Arbitration (LCIA) terhadap kerajaan Malaysia yang berbangkit daripada pertikaian berkaitan obligasi pihak-pihak di bawah Perjanjian Penyelesaian yang telah dimeterai pada 18 Ogos 2020 oleh Kerajaan Malaysia, 1MDB dan Goldman Sachs Group Inc. (Prosiding Timbang Tara).

“Pada masa ini, Pasukan Perundangan Kerajaan Malaysia yang terdiri antara lain, daripada Jabatan Peguam Negara dan peguam-peguam Inggeris yang dilantik sedang mengendalikan Prosiding Timbang Tara tersebut.

“Memandangkan pihak-pihak dalam Prosiding Timbang Tara ini adalah terikat dengan obligasi kerahsiaan yang ketat, maka sebarang maklumat terperinci berhubung Prosiding Timbang Tara ini tidak dapat didedahkan pada masa ini,” menurut kementerian.

Kementerian menjawab soalan Yeo Bee Yin (PH-Puchong) mengenai status pemulihan aset dalam skandal 1MDB. – Bernama

Berita berkaitan
Fuziah: Jangan gopoh adakan PRU-16 hanya kerana kepentingan politik
September 5, 2026· Politik
Anwar: PRU-16 awal? Tunggu masa sesuai
21 jam lalu· Politik
Hadi: Semua kerusi PAS wajib dipertahan pada PRU depan
September 4, 2026· Politik
Mahkamah tangguh prosiding bankrap Najib dan anak
September 4, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
SMART berlepas ke Nepal, cari mangsa tanpa kira negara
2 jam lalu · Isu semasa
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
15 jam lalu · Isu semasa
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
19 jam lalu · Isu semasa
Agong perkenan darurat jerebu di Serian: PMO
19 jam lalu · Isu semasa
Kes MEX II: DNAA Abu Sahid, isteri ditolak mahkamah
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok