Lelongan tuala dan selipar Jamal raih RM66,000 untuk bayar saman

February 11, 2026 · Politik

Satu lelongan luar biasa diadakan pagi ini apabila Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Jamal Yunos, berjaya mengumpul RM66,000 hasil penjualan sebelah selipar dan sehelai tuala yang pernah dipakainya semasa demonstrasi sebelum ini.

Menurut peguamnya, Imran Thamrin, lelongan persendirian itu dijalankan di rumah Jamal dan dikendalikan oleh pelelong berlesen.

“Lelongan selipar dan tuala tadi berjaya dijual dengan jumlah keseluruhan RM66,000,” katanya dipetik laporan media.

Tuala tersebut digunakan Jamal semasa protes di luar Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor pada 2016, manakala selipar itu adalah milik peribadinya.

Imran menjelaskan, nilai kedua-dua barangan itu meningkat kerana faktor sentimental.

“Tuala itu hanya ada satu, lagi satu masih disimpan Jamal. Selipar pula adalah kegunaan harian beliau. Pembeli terdiri daripada orang awam, rakan-rakan dan kenalan yang mahu membantu,” katanya.

Sekitar 12 hingga 13 individu daripada 30 hingga 40 hadirin mendaftar dan membayar deposit untuk menyertai bidaan, yang bermula pada harga RM10,000 bagi setiap item.

Lelongan itu dilakukan selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2022 memerintahkan Jamal membayar RM300,000 ganti rugi dan RM50,000 kos guaman kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, berikutan saman fitnah berkaitan kenyataannya mengenai dana Yayasan Warisan Anak Selangor.

Jamal kemudian merayu, tetapi rayuannya ditolak Mahkamah Rayuan pada 2024 dan beliau diperintahkan membayar RM50,000 kos tambahan.

Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Jamal untuk merayu pada Julai 2024, dan pada Januari lalu, 14 aset miliknya telah disita untuk mendapatkan kembali kos guaman tertunggak sebanyak RM66,061.85.

Pada hari yang sama, Jamal memaklumkan kepada wartawan beliau merancang melelong beberapa pasang selipar dan kasut bagi melunaskan ganti rugi kepada Kok.

Berita berkaitan
Keputusan kes Syed Saddiq kekal bebas atau dipenjara pada 30 Jun
5 jam lalu· Politik
Najib tarik balik permohonan tahanan rumah
11 jam lalu· Politik
Parti Amanah buat laporan polis isu fitnah dana zakat
April 26, 2026· Politik
Akmal tempelak Sanusi selepas digelar ‘budak catur’
April 26, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
SPRM ambil keterangan bekas pembantu Rafizi esok
3 jam lalu · Politik
Krisis Negeri Sembilan: PKR minta jaga BN semangat dalam Kerajaan Perpaduan
6 jam lalu · Politik
Tidak bubar DUN buat masa ini, Aminuddin terus tadbir negeri
6 jam lalu · Politik
Tindakan UMNO tarik sokongan di Negeri Sembilan demi prinsip: Akmal
8 jam lalu · Politik
AMK Selangor lapor polis isu hina institusi diraja di media sosial
9 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok