Parti Amanah buat laporan polis isu fitnah dana zakat

April 26, 2026 · Politik

Parti Amanah mengambil tindakan tegas apabila lima cawangannya di seluruh negara membuat laporan polis terhadap beberapa pemilik akaun Facebook yang didakwa menyebarkan fitnah mengaitkan parti itu dengan kes penyelewengan dana zakat.

Pengarah Mobilisasi Amanah Nasional, Abbas Salimi Che Azmi, berkata beliau juga tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang semalam.

Menurutnya, lebih banyak laporan dijangka menyusul dalam masa terdekat, membabitkan ahli parti di pelbagai negeri.

“Kami kesal dengan tuduhan tidak berasas ini. Kes yang disiasat langsung tidak ada kaitan dengan Amanah, sama ada dari sudut pengurusan mahupun pentadbiran,” katanya dipetik laporan media.

Beliau menegaskan bahawa kewujudan ahli parti dalam sesetengah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tidak bermaksud kedua-dua entiti itu mempunyai hubungan dari segi operasi atau kewangan.

“NGO dan parti adalah dua entiti berasingan tanpa sebarang pencampuran dalam pengurusan dana atau pentadbiran. Tuduhan mengaitkan Amanah dengan dana zakat tidak berasas dan berunsur fitnah,” jelasnya lagi.

Isu ini timbul selepas tular di media sosial satu dakwaan yang mengaitkan Amanah dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penyelewengan dana zakat yang dianggarkan melebihi RM200 juta.

Kandungan tersebut dimuat naik pada 23 April lalu dan mendapat perhatian meluas.

Susulan itu, Amanah turut menggesa pihak polis mengambil tindakan terhadap individu terbabit serta meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menurunkan kandungan berkenaan.

Menurut Abbas, laporan polis setakat ini telah dibuat di beberapa negeri termasuk Selangor, Johor dan Wilayah Persekutuan.

“Kami akan teruskan tindakan undang-undang bagi melindungi reputasi parti daripada sebarang fitnah,” katanya.

Berita berkaitan
Seorang lelaki ditahan berhubung isu bantahan azan di Ampang
April 26, 2026· Isu semasa
Pemuda Amanah Bachok dikompaun MCMC, luah rasa kesal
April 26, 2026· Politik
Reman pendakwah kes dana NGO dilanjutkan
April 26, 2026· Isu semasa
Suspek isu azan di Ampang disenarai hitam keluar negara
April 26, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
SPRM ambil keterangan bekas pembantu Rafizi esok
4 jam lalu · Politik
Keputusan kes Syed Saddiq kekal bebas atau dipenjara pada 30 Jun
7 jam lalu · Politik
Krisis Negeri Sembilan: PKR minta jaga BN semangat dalam Kerajaan Perpaduan
7 jam lalu · Politik
Tidak bubar DUN buat masa ini, Aminuddin terus tadbir negeri
7 jam lalu · Politik
Tindakan UMNO tarik sokongan di Negeri Sembilan demi prinsip: Akmal
10 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok