Muhammad Sanusi Md Nor.
Kerajaan Kedah bertegas meneruskan tindakan undang-undang bagi mempertahankan keputusan tidak memperbaharui lesen premis perjudian dan loteri dengan membawa kes itu ke Mahkamah Persekutuan.
Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata pendirian kerajaan negeri tidak akan berubah kerana ia selari dengan mandat rakyat yang memilih pentadbiran sedia ada untuk melaksanakan dasar berteraskan nilai yang diperjuangkan.
“Kita tak akan berhenti di sini, kita akan terus lawan. Saya kecewa dengan keputusan itu, namun perjuangan ini belum tamat. Kita akan bawa kes ini ke Mahkamah Persekutuan,” katanya ketika berucap pada sambutan ulang tahun ke-41 dan pelancaran jentera PRU-16 PAS Kawasan Sik.
Menurutnya, kerajaan negeri berharap hujah yang dikemukakan nanti dapat disampaikan dengan jelas dan difahami oleh mahkamah.
“Ini adalah hasrat rakyat yang memilih kita sebagai kerajaan negeri. Kenapa pilihan rakyat tidak dihormati?” katanya.
Beliau mengulas keputusan Mahkamah Rayuan pada 12 Disember lalu yang menolak rayuan Kerajaan Kedah melalui keputusan majoriti 2-1, sekali gus mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi arahan kerajaan negeri untuk tidak mengeluarkan dan memperbaharui lesen perjudian adalah tidak berperlembagaan.
Mahkamah Rayuan memutuskanhal ehwal perjudian dan loteri berada di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan kerana lesen ejen serta pengusaha perjudian dikeluarkan dan dikawal selia oleh kementerian berkenaan.
Muhammad Sanusi menegaskan kerajaan negeri bertindak berdasarkan kuasa sedia ada dan dasar yang telah diputuskan.
“Kita sudah menjadi kerajaan, jadi kita berhak menggubal dasar yang jelas. Polisi kita ialah tidak lagi memperbaharui lesen premis judi di Kedah,” katanya.
Beliau memaklumkan dasar itu dicabar oleh 12 operator perjudian, termasuk dua dari Kedah, manakala selebihnya dari luar negeri.
“Kes ini dibawa oleh peguam daripada DAP yang menentang kita di mahkamah,” katanya.
Tambahnya, Kedah hanya mengikut jejak langkah Kelantan dan Terengganu yang lebih awal menghalang perkembangan aktiviti perjudian.
Beliau turut menyifatkan keputusan mahkamah menimbulkan persoalan mengenai pelaksanaan Islam sebagai agama Persekutuan dalam kerangka undang-undang sedia ada.
“Kes ini satu pengajaran besar. Walaupun Islam agama Persekutuan, pelaksanaannya masih terikat dan terbatas,” katanya.
Onn Hafiz tak perlu jadi ‘drama king’, Sheikh Umar cabar dedah pihak sekat masuk FELDA
Perangi rasuah bukan mudah, berdepan tentangan pelbagai pihak: PMX
Puad diminta bertenang, Mat Maslan minta fokus bantu hadapi PRN Johor
PRN Johor: Bekas ADUN Bersatu calon BN di Endau, Onn Hafiz kekal di Machap
Mat Sabu hanya suarakan pandangan, bukan sindir sesiapa: Anwar
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar