Loke tegur sikap ‘pura-pura’ UMNO enggan mengaku kerjasama dengan DAP

January 18, 2026 · Politik

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, menegur sikap segelintir pemimpin UMNO yang disifatkan enggan mengakui realiti kerjasama politik antara kedua-dua parti dalam pembentukan kerajaan perpaduan.

Menurut Loke, kenyataan pemimpin terbabit yang menafikan hubungan dengan DAP bukan sahaja mengelirukan, malah bercanggah dengan fakta kerjasama yang telah berlaku secara terbuka, termasuk dalam pilihan raya lalu.

Beliau mengingatkan DAP pernah menyerahkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dusun Tua di Selangor kepada UMNO sebagai bukti keikhlasan dalam kerjasama tersebut.

“Itu pun sudah menunjukkan keikhlasan kita. Tapi ada pula yang kata tidak pernah bekerjasama dengan DAP.

“Ini langsung tidak masuk akal,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Tahunan DAP Selangor, hari ini.

Loke menegaskan DAP tidak pernah berselindung dalam soal kerjasama politik dan sentiasa berterus terang kepada penyokong mengenai gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Malah, katanya, jentera DAP turut berkempen membantu calon UMNO dalam pilihan raya.

“Kita cakap terus terang kepada penyokong bahawa kita bekerjasama dengan UMNO. Kita berkempen untuk UMNO. Jadi jangan tipu diri sendiri dan jangan tipu pengundi,” katanya lagi.

Mengulas soal pembahagian kerusi pada pilihan raya akan datang, Loke menegaskan DAP akan terus mempertahankan kerusi yang dimenangi parti itu berdasarkan prinsip penyandang.

Menurutnya, prinsip itu penting bagi memastikan keadilan dan kestabilan dalam gabungan.

“Mana hak DAP, kita akan bertanding. Kita tak halang parti lain, dan kita harap parti lain pun tak halang DAP. Kalau kita nak bergerak sebagai satu gabungan, pembahagian kerusi mesti berasaskan prinsip,” jelasnya.

Untuk rekod, kerjasama antara PH dan BN terbentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 bagi memastikan kestabilan politik negara, dengan DAP dan UMNO menjadi antara tunjang utama kerajaan perpaduan di peringkat Persekutuan dan beberapa negeri.

Dalam konteks itu, Loke menegaskan kejujuran dan konsistensi politik adalah kunci untuk mengekalkan kepercayaan rakyat.

Berita berkaitan
PRN Johor: Rundingan dengan UMNO gagal, Samsuri tandatangan watikah calon
3 jam lalu· Politik
UMNO bukan parti warisan keluarga, Asyraf tegur Puad
3 jam lalu· Politik
Onn Hafiz nafi dakwaan Puad, UMNO Johor buat laporan polis
7 jam lalu· Politik
PRN Johor: Agihan kerusi, isu logo BN jadi punca rundingan UMNO-PAS buntu
7 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Lima bilik gerakan SPRM beroperasi 24 jam sempena PRN Johor
2 jam lalu · Politik
AMK yakin anak muda nilai berdasarkan prestasi, bukan retorik Rafizi
2 jam lalu · Politik
Dakwa universiti awam jual tempat, ADUN Jitra dihadapkan ke mahkamah
3 jam lalu · Politik
“Onn Hafiz pak turut, UMNO Johor boneka terikat,” Puad umum keluar UMNO
8 jam lalu · Politik
Onn Hafiz tak perlu jadi ‘drama king’, Sheikh Umar cabar dedah pihak sekat masuk FELDA
22 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok