Lokman kena minta maaf kepada Akmal, gesa Pemuda UMNO Sabah

August 26, 2025 · Politik

Pemuda UMNO Sabah menggesa Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam, agar membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Ketua Pemuda, Dr. Muhamad Akmal Saleh.

Menurut Ketuanya, Sufian Abd Karim, gesaan itu dibuat berikutan tuduhan yang dikemukakan oleh Lokman terhadap Akmal kononnya ingin menaikkan bekas naib presiden UMNO, Hishammuddin Hussein sebagai perdana menteri.

Sufian menegaskan tuduhan tersebut adalah sangat berat dan serius, malah boleh diklasifikasikan sebagai mempunyai niat jahat untuk menjatuhkan reputasi dan maruah Akmal.

Beliau juga menambah bahawa sekiranya tiada permohonan maaf yang dibuat oleh Lokman, Pemuda UMNO Sabah tidak akan teragak-agak untuk memohon kepada pimpinan tertinggi parti agar kes tersebut dibawa ke Jawatankuasa Disiplin parti kerana didakwa telah melanggar Perlembagaan Parti di bawah Fasal 20.9.

“Jika tiada sebarang permohonan maaf yang dilakukan oleh beliau kepada Dr. Muhamad Akmal, maka Pemuda UMNO Sabah tidak akan teragak-agak untuk memohon kepada pimpinan tertinggi parti agar beliau dikemukakan ke Jawatankuasa Disiplin parti kerana telah melanggar Perlembagaan Parti Fasal 20.9,” katanya dalam kenyataan.

Isu ini tercetus ekoran tularnya sebuah klip video temu bual Lokman di media sosial yang memaparkannya secara sengaja menggelar Akmal sebagai ‘Ketua Pemuda H2O’ dan menuduhnya mempunyai agenda tersembunyi untuk menyokong Hishammuddin sebagai perdana menteri.

Dalam pada itu, Sufian turut menekankan Pemuda UMNO Sabah sangat membantah sebarang bentuk budaya tidak sihat seperti memfitnah dan menyerang pemimpin parti secara terbuka.

Beliau menyeru agar semua pihak bekerjasama membendung perbuatan tersebut bagi mengelakkan berlakunya perpecahan dalam kalangan ahli parti.

Berita berkaitan
Pemuda PH persoal hala tuju menteri BN susulan kerjasama dengan PN
July 19, 2026· Politik
Komuniti Sook didedah cara elak ancaman siber menerusi Karnival Internet Selamat
July 18, 2026· Isu semasa
Puad bidas Akmal, dakwa cetek fahami isu politik anak-beranak
June 28, 2026· Politik
Pemuda MCA bidas DAPSY, dakwa tidak faham struktur pentadbiran FELDA
June 24, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
UMNO jamin tiada ‘tebuk atap’ hingga PRU16
2 jam lalu · Politik
Akmal pertahan penyatuan parti Melayu selepas disindir UMNO cium ‘tapak kaki’
4 jam lalu · Politik
Marzuki dakwa UMNO jatuhkan kerajaan Muhyiddin
8 jam lalu · Politik
PH tolak dakwaan krisis pemilihan calon Chuah
8 jam lalu · Politik
Kamil: Saya cuma ikut PM jalankan tugas rasmi, dakwa jadi mangsa fitnah
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Aminuddin akui laluan tak mudah, sanggup berlari untuk tawan DUN Linggi, kubu kuat BN
July 18, 2026
[VIDEO] Hari penamaan calon PRN N9 di Linggi, Lukut, Chuah, Sri Tanjung dan Bagan Pinang
July 18, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok