Madani Mart jual barang keperluan rakyat pada harga mampu milik

April 3, 2026 · Isu semasa

Pelancaran kedai komuniti Madani Mart menjadi langkah terbaharu kerajaan yang menawarkan barangan keperluan harian pada harga lebih berpatutan.

Inisiatif yang diterajui Yayasan Madani itu dilihat sebagai usaha baharu kerajaan dalam membantu rakyat menangani tekanan kos sara hidup yang semakin meningkat, selari dengan pendekatan ekonomi berteraskan kesejahteraan rakyat.

Ketika berucap pembukaan Madani Mart di Indera Mahkota 8 hari ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kerajaan mengambil langkah tersusun untuk memastikan barangan asas dapat diakses dengan harga mampu milik oleh semua lapisan masyarakat.

“Kita mahu pastikan rakyat benar-benar merasai manfaat harga rahmah ini secara konsisten dan dekat dengan komuniti,” katanya.

Beliau turut meluangkan masa meninjau premis tersebut bersama Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail dan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh.

Dalam ucapan terdahulu, Fuziah turut menjelaskan bahawa Madani Mart merupakan kesinambungan kepada inisiatif harga rahmah yang diperkenalkan kerajaan sebelum ini.

Menurutnya, pendekatan baharu ini lebih menyeluruh kerana melibatkan rangkaian kedai komuniti yang tersusun dan mudah diakses.

“Madani Mart bukan sekadar pelengkap, tetapi langkah seterusnya untuk memastikan manfaat ini dapat dinikmati secara lebih meluas,” katanya.

Beliau turut menambah inisiatif itu membuka ruang kepada usahawan tempatan untuk terlibat dalam ekosistem peruncitan yang lebih terancang.

Kerajaan menyasarkan sekurang-kurangnya satu Madani Mart diwujudkan di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri, dengan jumlah keseluruhan sebanyak 640 premis dalam tempoh dua tahun akan datang.

Penekanan turut diberikan kepada kawasan luar bandar dan separa bandar bagi memastikan tiada komuniti tercicir daripada menikmati harga barangan asas yang lebih mampu milik.

Langkah ini dilihat sebagai sebahagian daripada strategi jangka panjang kerajaan dalam menstabilkan harga barang dan meningkatkan kualiti hidup rakyat, khususnya dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa.

Berita berkaitan
Kumpulan NGO gesa kerajaan dan blok pembangkang sepakat laksana lapan reformasi
9 jam lalu· Politik
Sistem cukai mesti adil, golongan kaya tidak boleh terlepas: PMX
16 jam lalu· Isu semasa
Anwar beri amaran risiko serangan siber terhadap Malaysia
17 jam lalu· Isu semasa
Isu jalan luar bandar: Zafrul sindir ada pihak guna cybertrooper Vietnam
November 1, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan kaji pengecualian PTPTN untuk graduan kelas pertama
6 jam lalu · Isu semasa
RM14 bilion wang tidak dituntut, ramai tak sedar: Amir Hamzah
6 jam lalu · Isu semasa
Winbox, Alibaba antara sindiket judi dalam talian terbesar dalam pantauan polis
9 jam lalu · Isu semasa
Pengerusi TH terima Ijazah Kehormat Doktor Da’wah dan Pengurusan USIM
11 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah keluar injunksi halang Bloomberg siar artikel berkait Farhash: Laporan
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
November 1, 2026
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok