Mahfuz: Slogan ‘Sabah untuk Sabah’ hanya retorik kosong, pecah-belah rakyat

November 19, 2025 · Politik

Mahfuz Omar mengkritik slogan ‘Sabah untuk Sabah’ yang didakwanya telah dijadikan slogan politik murahan yang memecah-belahkan dan menjarakkan Sabah dari Malaysia.

Naib Presiden Parti Amanah itu berkata, maruah Sabah tidak akan terpelihara dengan menjarakkan diri, sebaliknya dengan memastikan Malaysia menjadi sebuah Persekutuan yang adil untuk negeri itu.

“Amanah berpandangan bahawa maruah Sabah tidak akan terpelihara dengan menjarakkan diri dari Malaysia, tetapi dengan memastikan Malaysia menjadi sebuah Persekutuan yang adil kepada Sabah,” kata Mahfuz.

Menurutnya, Amanah menyertai Pilihan Raya Negeri Sabah atas nama Pakatan Harapan (PH) untuk mengangkat suara politik berasaskan nilai, kejujuran, dan keadilan.

Beliau mempersoalkan kesahihan perjuangan parti-parti tempatan yang mendakwa membawa semangat ‘Sabah untuk Sabah’, tetapi akhirnya menyertai Kabinet Perpaduan Madani di peringkat Persekutuan.

“Bila sampai ke Kuala Lumpur, semua masuk Kabinet Perpaduan Madani.

“Jadi saya tanya, kalau semua sudah dalam Kerajaan Persekutuan, mana lagi ‘Sabah untuk Sabah’ tu? Maknanya, ia dah jadi slogan politik murahan, bukan lagi sebuah perjuangan,” katanya.

Mahfuz berkata slogan tersebut gagal menyatukan rakyat Sabah malah menyaksikan parti-parti tempatan sendiri yang berpecah.

“Jangan biarkan politik slogan memecahkan. Biarlah politik nilai menyatukan rakyat Sabah,” katanya.

Sambil mengakuan Amanah sebuah parti kecil, beliau berikrar untuk tetap berprinsip.

“Kecil-kecil cili padi, tapi pedasnya dari Sulabayan Semporna hingga Putrajaya,” ujarnya.

Mahfuz menekankan Sabah adalah tiang seri Malaysia, dan kekuatannya terletak pada kepimpinan yang bersih dan jujur.

“Amanah percaya bahawa kekuatan Sabah terletak pada kepimpinan yang bersih, jujur dan tidak memperalatkan slogan tempatan untuk kepentingan peribadi,” jelasnya.

Beliau menyeru para pengundi di Sabah, khususnya di DUN Sulabayan, agar menjadikan pilihan raya ini sebagai medan untuk menegakkan nilai-nilai murni dalam politik.

Berita berkaitan
PRN Melaka: PKR mahu pembaharuan, beri ruang kepada generasi muda
October 26, 2026· Politik
MCA tidak puas hati, dakwa UMNO ketepikan rundingan kerusi di Melaka: Laporan
9 jam lalu· Politik
DUN Sarawak bubar secara rasmi hari ini, SPR tentukan tarikh PRN
9 jam lalu· Politik
Padan muka MCA hanya diberi dua kerusi di Melaka: PKR
23 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Zahid nafi belanja KKDW terlebih RM2.1 bilion
October 26, 2026 · Politik
Parlimen: Rayer diminta hantar surat rasmi rujuk Takiyuddin ke jawatankuasa
October 26, 2026 · Politik
BN letak calon di DUN Sg Udang bukti tolak Wawasan: Puad
7 jam lalu · Politik
AMK: Rafizi perlu jawab dakwaan, bukan sekadar saman Ramanan
9 jam lalu · Politik
Kes Jalur Gemilang: Representasi Akmal ditolak, mahu kemuka permohonan kedua
9 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok