Mahkamah keluar ‘gag order’, larang dedah prosiding kes Zara Qairina

August 20, 2025 · Isu semasa

Mahkamah Kanak-Kanak Kota Kinabalu mengeluarkan perintah larangan (gag order) yang melarang sebarang pendedahan prosiding pendakwaan terhadap lima remaja perempuan dalam kes membabitkan kematian pelajar sekolah, Zara Qairina Mahathir.

Hakim Elsie Primus mengeluarkan perintah tersebut setelah membenarkan permohonan daripada peguam pertahanan, Ram Singh, yang mewakili salah seorang remaja terbabit.

Peguam Negara, Mohd. Dusuki Mokhtar, menjelaskan perintah ini dikeluarkan mengikut Seksyen 15(1) Akta Kanak-Kanak 2001 yang meletakkan sekatan ketat terhadap laporan media termasuk larangan mendedahkan identiti, alamat, institusi pendidikan atau sebarang butiran yang boleh menyebabkan kanak-kanak terbabit dikenali.

“Mahkamah juga melarang penyiaran gambar mereka dan keluarga,” jelas Mohd. Dusuki ketika dihubungi media.

Menurut Peguam Negara, kesemua tertuduh dibenarkan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin yang perlu terdiri daripada ibu atau bapa, dengan deposit RM1,000 kepada mahkamah.

Peguam keluarga Zara Qairina, Hamid Ismail, enggan mengulas lanjut berikutan perintah larangan tersebut.

“Kami tidak boleh memberikan sebarang komen kerana tertakluk kepada Seksyen 15 akta tersebut. Tunggu penjelasan Jabatan Peguam Negara (AGC) kerana kami tidak boleh melanggar perintah mahkamah,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad memberitahu media bahawa umur kelima-lima remaja itu juga tidak boleh didedahkan.

Beliau menjelaskan media hanya boleh melaporkan pertuduhan telah dibacakan, remaja terbabit mengaku tidak bersalah, dan butiran mengenai jaminan.

Kelima-lima remaja tersebut didakwa menggunakan perkataan mencela terhadap Zara Qairina di sebuah sekolah di Papar pada 15 Julai lalu antara pukul 10 malam dan 11 malam, di bawah Seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan.

Mahkamah menetapkan sebutan kes pada 25 September dan 16 Oktober ini, manakala pendengaran kes akan bermula dari 8 hingga 12 Disember dan 15 hingga 19 Disember.

Zara Qairina, 13 tahun, ditemui tidak sedarkan diri di sekolahnya pada 16 Julai dan meninggal dunia keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth. Kes ini telah menarik perhatian ramai dan menimbulkan perbincangan meluas mengenai isu buli di sekolah.

Berita berkaitan
SPRM buka semula tujuh kes FELDA, ada maklumat baharu
September 2, 2026· Isu semasa
Rayuan Rosmah terhadap kes solar bermula minggu ini
August 31, 2026· Politik
Kes Saravanan: Anwar serah kepada SPRM, pihak berkuasa untuk teliti
August 28, 2026· Politik
Bekas menteri dijangka didakwa rasuah esok, identiti belum didedahkan: Laporan
August 27, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kad UNHCR bukan lesen langgar undang-undang Imigresen
4 jam lalu · Isu semasa
MCMC diminta sekat jualan dadah dalam talian: Fahmi
12 jam lalu · Isu semasa
Zahid, Fahmi akan bawa isu PKD-NADI ke Kabinet sebulan lagi
14 jam lalu · Isu semasa
Zahid nafi KKDW terlebih belanja projek jalan luar bandar
14 jam lalu · Isu semasa
Jerebu makin teruk, KPM benarkan anak tak ke sekolah
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok