Mahkamah Persekutuan kekal dengar rayuan kes Isa Samad pada 29 Oktober: Laporan

September 8, 2025 · Isu semasa

Mahkamah Persekutuan mengekalkan tarikh 29 Oktober ini untuk mendengar rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang melepas dan membebaskan bekas Pengerusi FELDA, Mohd Isa Abdul Samad, daripada sembilan tuduhan rasuah.

Timbalan Pendakwa Raya, Tn. Hj. Afzainizam Abdul Aziz, mengesahkan tarikh berkenaan kekal selepas pengurusan kes secara dalam talian di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Puan Mahyun Yusof, hari ini.

Tarikh tersebut pada asalnya telah ditetapkan semasa pengurusan kes yang lalu pada 25 Julai.

Dalam perkembangan berkaitan, satu surat bertarikh 2 September mengesahkan berlaku pertukaran peguam yang mewakili Mohd Isa.

Firma guaman Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak kini dilantik bagi menggantikan Tetuan Salehuddin Saidin & Associates.

Perubahan ini berlaku susulan pelantikan Salehuddin Saidin sebagai Senator Dewan Negara setelah sebelum ini mewakili beliau di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Pihak pendakwaan telah memfailkan notis rayuan pada 7 Mac lepas, manakala petisyen rayuan dikemukakan pada 26 Jun dengan membangkitkan 24 alasan, mendakwa bahawa Mahkamah Rayuan terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta ketika membebaskan beliau.

Pada 6 Mac 2024, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai oleh Vazeer Alam Mydin Meera (kini Hakim Mahkamah Persekutuan) secara sebulat suara membatalkan sabitan serta hukuman penjara enam tahun dan denda RM15.45 juta yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi pada 3 Feb 2021.

Mohd Isa, 75, didakwa pada 2018 atas sembilan pertuduhan menerima suapan berjumlah RM3.09 juta berhubung pembelian sebuah hotel di Kuching oleh anak syarikat FELDA.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Menara FELDA, Putrajaya, antara Julai 2014 dan Disember 2015. Beliau didakwa mengikut Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda yang berat.

Berita berkaitan
Kedutaan AS nafi dakwaan dibuat Hadi berhubung tawaran jatuhkan BN: Laporan
September 6, 2026· Politik
PAS: Ketidakhadiran Zahid bukan tanda UMNO solo, kerjasama diteruskan
20 jam lalu· Politik
AMK sindir PAS: Sejak bila jadi jurucakap UMNO?
21 jam lalu· Politik
Takiyuddin jawab sindiran ‘masuk PAS masuk syurga’
September 5, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Baja lambat sampai, Anwar arah SPRM siasat
September 6, 2026 · Isu semasa
Mufti Wilayah ingatkan bahaya istilah ‘menunggang agama’
September 6, 2026 · Isu semasa
SMART berlepas ke Nepal, cari mangsa tanpa kira negara
September 5, 2026 · Isu semasa
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
September 4, 2026 · Isu semasa
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
September 4, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok