Mahkamah tolak permohonan Najib untuk prosiding hina mahkamah terhadap Terrirudin

September 4, 2025 · Politik

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan bekas Perdana Menteri, Najib Razak, untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap bekas peguam negara, Ahmad Terrirudin Mohd Salleh.

Hakim Alice Loke Yee Ching membuat keputusan tersebut setelah memutuskan Najib gagal membuktikan terdapat kes prima facie untuk membenarkan permohonan komital itu.

“Permohonan kebenaran untuk mendapatkan perintah komital dalam Lampiran 130 dengan ini ditolak,” katanya.

Dalam penghakimannya, Yee Ching berkata prosiding menghina mahkamah mempunyai implikasi yang serius dan mahkamah perlu berhati-hati untuk tidak bertindak berdasarkan andaian semata-mata.

Beliau menegaskan Terrirudin tidak mempunyai sebarang kewajipan untuk mengesahkan atau menafikan kewujudan Titah Adendum tersebut pada peringkat permohonan kebenaran semakan kehakiman.

Hakim berpendapat dakwaan Najib hanyalah spekulasi dan tiada bukti jelas yang menunjukkan Terrirudin secara peribadi mengarahkan pengemukaan hujahan yang tidak benar.

Hakim turut memutuskan permohonan komital ini difailkan terlalu lewat.

Najib hanya memfailkannya pada Mei 2025, hampir setahun selepas bantahan daripada Jabatan Peguam Negara dibangkitkan pada April 2024.

Kelewatan yang ketara ini dianggap memudaratkan dan tidak mewajarkan remedi luar biasa seperti perintah komital.

Mahkamah juga mengarahkan untuk membayar kos prosiding berjumlah RM20,000.

Peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah, memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan tersebut.

Permohonan Najib ini berpunca daripada satu episod dalam permohonan semakan kehakimannya yang melibatkan satu dokumen yang didakwa sebagai ‘Titah Adendum’ daripada Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Dokumen tersebut, yang dikatakan bertarikh 29 Januari tahun lalu, diserahkan kepada anak Najib, Mohamad Nizar, yang diperoleh daripada Pejabat Sultan Pahang.

Surat daripada Majlis Kesultanan Pahang juga dikemukakan bagi mengesahkan ketulenan dokumen berkenaan.

Berita berkaitan
1MDB mohon izin rayu keputusan libat firma guaman UK
11 jam lalu· Isu semasa
Ahli PAS digesa utamakan dana kompleks parti, bukan tabung Najib: Iskandar
14 jam lalu· Politik
Tahanan rumah Najib: Mahfuz persoal asas undang-undang pengampunan
14 jam lalu· Politik
RM50 juta belum dibayar, Najib masih tunggu proses tahanan rumah: Laporan
14 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Krisis takhta NS, Syahredzan nasihat jangan cabar institusi Raja sesuka hati
6 jam lalu · Politik
Ab Rauf titip tiga pesan sebelum DUN Melaka dibubar
6 jam lalu · Politik
PUTRA lapor polis, dakwa Exco Negeri Sembilan ganggu institusi Raja
7 jam lalu · Politik
Amanah mahu MB Negeri Sembilan bubar DUN
14 jam lalu · Politik
MB: Exco Negeri Sembilan masih sah, tidak perlu senarai baharu
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok