Kerajaan menanggung subsidi bahan api demi kepentingan rakyat.
Sebahagian besar rakyat Malaysia didapati menggunakan petrol RON95 bersubsidi pada tahap lebih rendah daripada kuota maksimum yang ditetapkan kerajaan di bawah program Budi95.
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, memaklumkan di Dewan Rakyat purata penggunaan bulanan sejak pelaksanaan program itu pada September lalu hanyalah sekitar 100 liter sebulan.
Menurutnya, data semasa menunjukkan had 300 liter sebulan sebenarnya mencukupi untuk kegunaan harian kebanyakan rakyat.
“Had 300 liter sebulan untuk RON95 bersubsidi dilihat mencukupi berdasarkan data penggunaan yang menunjukkan purata kegunaan sekitar 100 liter sebulan.
“Malah, 90 peratus pengguna tidak menggunakan lebih daripada 200 liter sebulan,” katanya ketika sesi soal jawab lisan Parlimen.
Beliau menjelaskan angka tersebut sekali gus menepis kebimbangan awal sesetengah pihak yang mendakwa kuota 300 liter tidak mencukupi untuk kegunaan bulanan pengguna biasa.
Program subsidi bersasar BUDI95 diperkenalkan kerajaan sebagai usaha mengekang ketirisan subsidi bahan api dan memastikan bantuan sampai kepada golongan yang layak.
Sistem ini mensyaratkan pembelian RON95 bersubsidi hanya kepada pemegang MyKad yang memiliki lesen memandu sah.
Menjawab soalan Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun, mengenai penjimatan kerajaan, Anwar berkata program itu kini mencatat kira-kira 3.1 juta pengguna sehari dan dijangka menjimatkan sehingga RM2.5 bilion tahun ini.
“Setakat ini, pelaksanaan berjalan lancar dan kita jangka penjimatan besar kepada negara. Ini hasil kerjasama penjawat awam, penguat kuasa dan rakyat,” katanya.
Beliau turut memuji tindakan rakyat Malaysia yang membantu pihak berkuasa dengan melaporkan penyalahgunaan petrol bersubsidi oleh kenderaan asing atau yang berdaftar di luar negara.
Anwar, Fahmi beri penghormatan terakhir kepada A Samad Said
MCMC saman Google RM300 juta isu kandungan palsu Papagomo
Dijanjikan untung 500 peratus, pengurus syarikat rugi RM262,200
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
Pemergian Pak Samad tinggalkan legasi besar, jadi inspirasi generasi muda: Fahmi
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib