Malaysia kecam serangan regim ke atas Doha, Anwar gesa tindakan tegas

September 16, 2025 · Isu semasa

Anwar Ibrahim telah mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara Israel ke atas Doha, Qatar, dengan menyifatkannya sebagai satu pencabulan kedaulatan dan pelanggaran serius terhadap undang-undang antarabangsa.

Perdana Menteri menyatakan pendirian tegas semasa menyampaikan ucapan semasa menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam di Doha dengan menyifatkan serangan itu sebagai perbuatan “rakus dan biadab” yang bukan sahaja menggugat kestabilan rantau tetapi juga menjejaskan usaha perdamaian yang digerakkan oleh Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani.

“Menyerang Doha bererti menyerang usaha perdamaian seluruh dunia Arab, Islam dan masyarakat antarabangsa,” tegas Anwar dalam kenyataannya.

Beliau turut mengingatkan dunia tentang tragedi berterusan di Gaza, di mana hospital, kediaman awam, dan kanak-kanak tidak berdosa terus menjadi mangsa keganasan.

Anwar menegaskan bahawa masyarakat antarabangsa perlu melangkah lebih jauh daripada sekadar mengeluarkan kenyataan kecaman.

“Kecaman semata-mata tidak lagi memadai. Tindakan tegas termasuk memutuskan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan rejim Zionis ini perlu dilaksanakan,” ujarnya.

Reaksi Malaysia selari dengan kemarahan yang ditunjukkan oleh Qatar.

Perdana Menteri Qatar menyifatkan serangan tersebut sebagai “pengganasan negara” yang memusnahkan sebarang peluang untuk proses pembebasan tebusan dan merosakkan inisiatif perdamaian.

Kecaman tersebut turut disertai oleh negara-negara Arab dan Islam yang lain.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menyifatkannya sebagai pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa, manakala Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah memanggil diplomat Israel bagi menyampaikan protes rasmi.

Anwar menutup kenyataannya dengan tekad Malaysia untuk terus berdiri teguh bersama Qatar, Palestin, dan semua pihak yang memperjuangkan keadilan.

“Semoga Allah SWT mengurniakan kita keberanian melawan kezaliman serta kekuatan untuk mempertahankan kebenaran dan maruah umat,” doanya.

Berita berkaitan
IMF naikkan unjuran ekonomi Malaysia: Laporan
10 jam lalu· Isu semasa
Isu harga minyak: Pemuda PKR kritik kenyataan Hadi, sifatkan sekadar retorik
10 jam lalu· Politik
MCMC siasat individu buat dakwaan palsu diesel dihantar ke Filipina
13 jam lalu· Isu semasa
PMX umum peruntukan RM2 juta untuk Akademi Sepak Takraw
April 14, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Bekas pengarah penyelidikan IPTA ditahan kes rasuah RM1 juta: Laporan
7 jam lalu · Isu semasa
Diesel diterima Filipina bukan dari perut bumi Malaysia
7 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan teliti subsidi bersasar bagi diesel ikut kaedah BUDI95: Fahmi
7 jam lalu · Isu semasa
Harga diesel Sabah, Sarawak, Labuan kekal RM2.15: MOF
8 jam lalu · Isu semasa
Keputusan kes saman barang kemas Rosmah ditetapkan 10 Jun
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok