Misi bantuan kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF).
Malaysia dengan tegas mengutuk serangan tanpa provokasi oleh Israel terhadap Global Sumud Flotilla, sebuah misi bantuan kemanusiaan aman yang dalam perjalanan ke Gaza.
Dalam kenyataan, Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) menegaskan serangan pengecut ini merupakan satu pencabulan nyata terhadap undang-undang antarabangsa, termasuk undang-undang maritim, kemanusiaan dan hak asasi manusia.
Malaysia secara khusus mendesak Majlis Keselamatan PBB dan komuniti antarabangsa untuk mengambil tindakan segera serta konkrit bagi menghentikan kekejaman regim Israel tersebut.
“Langkah segera perlu diambil untuk menguatkuasakan undang-undang antarabangsa dan memastikan Israel dipertanggungjawabkan atas perbuatan tersebut,” tegas kenyataan Wisma Putra itu.
Negara ini juga menuntut pembebasan segera dan tanpa syarat semua aktivis, petugas kemanusiaan dan anak kapal yang ditahan, termasuk dua belas rakyat Malaysia, serta pembebasan kesemua kapal yang terlibat.
Penghantaran bantuan kemanusiaan yang selamat dan tanpa halangan ke Gaza ditegaskan semula sebagai satu keperluan mendesak.
Wisma Putra menekankan misi flotila ini adalah satu inisiatif yang sah di sisi undang-bangsa antarabangsa dan didorong oleh tanggungjawab moral.
“Pada saat rakyat Palestin sedang berhadapan dengan genosid, kebuluran, dan penderitaan berpanjangan, misi ini merupakan kewajipan moral yang mesti dihormati serta dipertahankan oleh masyarakat antarabangsa,” jelas kenyataan tersebut.
Malaysia kekal berpendirian teguh dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin dan berikrar akan terus mendorong komuniti global untuk tidak lagi membuta tuli terhadap tindakan Israel yang melampau, sekaligus mendesak satu penyelesaian mampan yang merangkumi penubuhan Negara Palestin yang merdeka dan berdaulat.
Taburan hujan hingga 100mm punca banjir 23 kawasan di Selangor: Bernama
Ringgit mengukuh menjelang pengumuman KDNK suku ketiga
MCMC desak Anthropic jelaskan dakwaan manipulasi AI sasar pengundi Malaysia
MOF sasar hutang kerajaan turun kepada 60 peratus KDNK pada 2030
Suspek samun maut berbalas tembakan dengan polis di Chow Kit
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 17 Nov – Ismail letak jawatan, kerajaan Madani stabil dan lawatan Macron