Malaysia pimpin ASEAN ke arah masa depan digital mampan

September 24, 2025 · Isu semasa

Malaysia menggariskan tiga tonggak utama bagi memacu transformasi digital ASEAN yang kukuh dan inklusif, iaitu membina kepercayaan digital, memacu inovasi, dan mengukuhkan kerjasama serantau.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching menegaskan asas kepada segala pembangunan digital adalah kepercayaan pengguna dengan memastikan persekitaran yang selamat untuk memanfaatkan potensi ekonomi digital rantau ini.

“Malaysia komited untuk menjadikan kepercayaan digital sebagai keutamaan melalui penggubalan Akta Keselamatan Siber 2024 dan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025, di samping kempen keselamatan internet yang telah memberi manfaat kepada lebih 150,000 rakyat,” katanya semasa pembukaan Sidang Kemuncak Negara Digital Kuala Lumpur, Edisi ASEAN, yang buat pertama kali diadakan di Kuala Lumpur.

Anjuran bersama Kementerian Komunikasi dan GSMA, sidang kemuncak berprestij ini menghimpunkan pemimpin kerajaan, pengawal selia, dan wakil industri bagi membincangkan hala tuju bersama dalam memanfaatkan potensi ekonomi digital rantau ini.

Tambah Teo, inovasi pula merupakan enjin pertumbuhan yang mendorong ekonomi digital ASEAN, yang dianggarkan bernilai USD300 bilion pada masa ini dan dijangka mencecah USD1 trilion menjelang 2030.

Di peringkat domestik, inisiatif seperti Geran Digital PMKS Madani, program JENDELA, dan peluasan liputan 5G yang telah mencapai 82.4% kawasan berpenduduk akan terus memperkasa perniagaan dan komuniti.

Teras ketiga yang ditekankan adalah kerjasama erat antara negara ASEAN, sektor swasta, dan rakan antarabangsa.

Kerjasama ini termasuklah peluasan siri GSMA M360 ke rantau ini pada 2026, selaras dengan Visi ASEAN 2045.

“Sidang kemuncak ini adalah permulaan kepada bab baharu pembinaan negara digital ASEAN – dipacu kepercayaan, berkembang melalui inovasi, dan maju bersama,” ujarnya lagi.

Sidang kemuncak ini diharapkan dapat mengukuhkan lagi peranan Malaysia sebagai peneraju dalam membentuk ekosistem digital ASEAN yang lebih selamat, berdaya saing dan mampan untuk semua.

Berita berkaitan
Ancaman scam makin membimbangkan, 5,944 laporan dalam empat bulan: Nie Ching
August 22, 2026· Isu semasa
Polis Johor siasat tiga kes bendera terbalik
August 20, 2026· Isu semasa
Teknologi perlu selamat, adil dan dipercayai
July 22, 2026· Isu semasa
PH yakin rekod baik kerajaan jadi sandaran di Negeri Sembilan, perlu diteruskan: Nie Ching
July 19, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Syed Azman Tokoh Perdana Maulidur Rasul, Anwar ucap tahniah kepada semua penerima
August 25, 2026 · Isu semasa
Cadangan Audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet: Anwar
1 jam lalu · Isu semasa
Zahid sokong siasatan Tabung Haji selepas 2017
1 jam lalu · Isu semasa
Sosma masih relevan, Ayob Khan tolak ISA dikembalikan: Laporan
1 jam lalu · Isu semasa
Anwar: Jadikan ajaran Rasulullah panduan hidup
1 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok