Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari
PAS menegaskan Islam tidak mengajar penganutnya untuk menormalisasi maksiat dengan alasan mengikut budaya antarabangsa.
Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari memberi teguran sebagai respons kenyataan bekas pemimpin DAP, Teng Chang Khim yang menggesa Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petronas, Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz, tidak perlu memohon maaf dalam isu ‘mandi champagne’ semasa sambutan kemenangan pasukan Formula Satu.
Fadhli berkata terpanggil untuk membetulkan hujah yang disifatkannya sebagai songsang.
“Islam tidak mengajar penganutnya menormalisasi maksiat atas alasan ‘budaya antarabangsa’,” tegas Ahli Parlimen Pasir Mas.
Jelas Fadhli lagi, ajaran Islam menegaskan arak bukan sekadar minuman yang diharamkan, malah semua bentuk keterlibatan dengannya adalah berdosa.
“Perhatikan betul-betul, Baginda tidak berkata ‘kalau tak minum tak mengapa’, tapi baginda melarang sekadar duduk sekali pun dalam suasana arak dihidangkan. Itu bukan ‘terlalu sensitif’, tetapi itulah tanda iman dan penjagaan maruah akidah,” kata Fadhli.
“Kalau larangan duduk pun sudah jelas, apatah lagi kalau bertepuk tangan di bawah pancuran ‘champagne’ sambil tersenyum bangga atas alasan ‘sukan antarabangsa’,” tambahnya lagi.
Fadhli berkata keberadaban seorang Muslim diukur pada akhlak dan prinsipnya, bukan pada sejauh mana dia menyesuaikan diri dengan budaya Barat.
Sebelum ini, Chang Khim dalam catatan Facebooknya berpendapat Tengku Muhammad Taufik tidak melakukan kesalahan kerana tidak meminum arak tersebut.
“Apa yang diharamkan oleh agama rasmi kita adalah mengambil minuman beralkohol oleh penganutnya. Oleh itu, selagi Tengku Taufiq tidak minum champagne, tidak ada apa-apa yang telah disalah lakukan oleh beliau,” ujar Chang Kim.
Aminuddin dakwa pengkhianatan punca PRN Negeri Sembilan diadakan
Anwar pilih kerjasama daripada pertembungan politik dalam PRN
Kerajaan Pulau Pinang sokong PRU-16 tidak diawalkan, fokus isu ekonomi negara
AMK persoal sejauh mana komitmen UMNO bersama Kerajaan Perpaduan
Anwar pejuang reformasi sebenar: AMK Johor
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi