Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Sabah, Mustapha Sakmud.
Pakatan Harapan (PH) Sabah melancarkan manifesto pilihan raya negerinya dengan menawarkan yuran pengajian percuma sebagai antara janji utama, di samping mengetengahkan tuntutan 40 peratus hasil negeri yang lebih telus untuk rakyat.
Manifesto bertema ‘Harapan Urang Sabah’ itu diperkenalkan oleh Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Sabah, Mustapha Sakmud, yang menekankan komitmen pertama mereka adalah memastikan 40 peratus hak hasil Sabah disalurkan secara berkesan kepada rakyat.
Beliau turut menyatakan ikrar untuk menubuhkan ‘Sabah Sovereign Wealth Future Fund’ bagi menjamin masa depan ekonomi negeri.
“Kami juga akan memperkenalkan Jawatankuasa Pilihan Khas DUN yang merentas parti, dengan kuasa memanggil GLC dan agensi untuk soal jawab terbuka,” jelas Mustapha semasa majlis pelancaran komitmen PH Sabah hari ini.
Menurutnya, reformasi Kabinet negeri akan dilaksanakan bagi meningkatkan kecekapan pentadbiran, selain memberi tumpuan kepada golongan muda dengan menyediakan 20,000 peluang pekerjaan serta elaun sara hidup RM1,200 setahun.
Dalam bidang ekonomi, PH Sabah akan memacu industri hiliran dalam sektor gas, balak, kelapa sawit, dan agro-maritim.
Manakala dari segi pemerkasaan wanita, mereka menjamin 30 peratus penglibatan wanita dalam Kabinet, GLC dan kepimpinan tempatan.
“Kami tidak menjanjikan bulan dan bintang, tetapi dasar yang realistik dan boleh dilaksanakan demi rakyat Sabah,” tegas Mustapha.
Beliau berharap komitmen tersebut dapat diterima rakyat, sekaligus meraih sokongan kepada Pakatan Harapan dalam pilihan raya negeri kali ini.
RCI Tabung Haji ditubuh ketika UMNO berkuasa, kenapa dipersoal sekarang? – Mahfuz
Mahu jawatan PM, UMNO perlu bersama dengan PN: PAS Selangor
Akmal sahkan Pemuda UMNO akan hadir Muktamar Pemuda PAS
Marzuki: Keahlian Bersatu masih sah dalam PN
PRN Melaka: Ab Rauf nafi jumpa Hadi hari ini
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri