Manifesto PN tawar 159 janji dengan tema ‘Kasi Bagus Sabah’

November 21, 2025 · Politik

Perikatan Nasional (PN) Sabah melancarkan manifesto pilihan raya negeri mereka yang mengandungi 159 tawaran kepada rakyat Negeri di Bawah Bay itu, sekiranya diberikan mandat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 pada 29 November ini.

Bertemakan slogan Kasi Bagus Sabah’, manifesto itu dirangka berdasarkan 12 tunjang utama pembangunan negeri, menurut Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin semasa membentangkan tawaran itu malam tadi.

Ujarnya, tawaran tersebut menggambarkan komitmen tidak berbelah bahagi PN untuk membela nasir rakyat dan memajukan Sabah.

“Tawaran ini menggambarkan komitmen tidak berbelah bahagi PN untuk membela nasib rakyat dan memajukan Sabah.

“Kita mahu kasi bagus Sabah sekiranya diberi mandat untuk menjadi kerajaan negeri dalam PRN kali ini,” kata Muhyiddin semasa pelancaran manifesto itu di Dataran Pomoi, Putatan.

Beliau yang juga Presiden Bersatu menyifatkan kesemua 159 tawaran itu adalah realistik, pragmatik dan boleh dilaksanakan.

“Berbekalkan pengalaman, kepakaran, dan komitmen tinggi bakal kepimpinan kerajaan negeri dari parti PN, kami yakin bahawa semua tawaran ini dapat ditunaikan dengan cepat, cekap dan telus untuk manfaat seluruh rakyat Sabah,” ujarnya.

Ketika ditanya mengenai bagaimana tawaran dalam bidang pendidikan, keselamatan dan kesihatan yang berada di bawah kuasa kerajaan Persekutuan boleh direalisasikan, Muhyiddin menekankan kepentingan kerjasama antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

“Ya, kita tekankan soal isu keselamatan untuk rakyat Sabah. Memang ada peranan kerajaan Persekutuan tapi kerajaan negeri pun sama-sama boleh bantu,” jelas bekas Perdana Menteri itu.

“Saya tahu dulu pun kita tahu isu-isu yang ada Persekutuan, isu yang ada negeri, tapi usaha sama yang harus dilakukan untuk meningkatkan keselamatan negeri Sabah itu amat penting,” tambahnya.

Muhyiddin turut menyatakan keyakinannya untuk meraih kemenangan PRN17 dengan sokongan padu rakyat Sabah.

Berita berkaitan
DUN Melaka bubar selepas Perhimpunan Agung UMNO?
September 3, 2026· Politik
RM25.3 juta masuk akaun Bersatu dikaitkan projek Jana Wibawa: Saksi SPRM
September 2, 2026· Politik
Kedudukan Bersatu dalam PN bakal dibincang, bakal disingkir?
September 1, 2026· Politik
Bersatu masih komponen PN, tapi hubungan politik terhenti secara teknikal: Takiyuddin
August 30, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Fuziah: Jangan gopoh adakan PRU-16 hanya kerana kepentingan politik
1 jam lalu · Politik
Takiyuddin jawab sindiran ‘masuk PAS masuk syurga’
1 jam lalu · Politik
Kerajaan bergolak saling menyerang, PAS cadang bubar Parlimen
2 jam lalu · Politik
Muktamar PAS desak lesen judi dihentikan beri kuasa kepada Negeri
2 jam lalu · Politik
PAS Terengganu cadang calon PM dari negeri itu
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok