Undang dakwa proklamasi turunkan Tuanku Muhriz tidak sah

11 jam lalu · Isu semasa

Proklamasi yang didakwa menurunkan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, dan ditandatangani Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim pada 3 Ogos lalu disifatkan tidak sah serta tidak boleh dikuatkuasakan.

Undang Luak Sungei Ujong, Klana Petra Muhammad Faris Johari Meor Ngah, berkata perkara itu diputuskan dalam Sidang Dewan Keadilan dan Undang pada 31 Julai 2026 di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah.

Menurut beliau, sidang berkenaan memuktamadkan pengisytiharan bertarikh 19 April 2026 tidak mempunyai kesan undang-undang dan tidak boleh diguna pakai kerana didakwa tidak memenuhi syarat Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.

“Sayugia diingatkan, tiga daripada Undang Empat yang cuba menurunkan DYMM Tuanku Muhriz langsung tiada kuasa sebagai Pembesar Memerintah bagi negeri lantaran telah lucut pesaka mengikut adat luak masing-masing.

“Ditegaskan, apa-apa jua hal berkaitan kedudukan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ketika ini hendaklah ada sabda Kita selaku Imam Undang Yang Empat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu muncul ketika kemelut berkaitan kedudukan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan menjadi semakin tegang susulan kemunculan dokumen yang didakwa sebagai proklamasi pemecatan Tuanku Muhriz.

Media sebelum ini melaporkan Undang Yang Empat, termasuk seorang Undang yang kedudukannya dipertikaikan, menunjukkan dokumen berkenaan dalam satu sidang media di Galeri Diraja Tuanku Jaafar.

Dokumen itu didakwa mempunyai tandatangan Ismail dan dikatakan berkaitan pengisytiharan menurunkan Tuanku Muhriz daripada kedudukan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.

Bagaimanapun, perkembangan terbaharu menyaksikan Undang Luak Sungei Ujong menegaskan dokumen dan pengisytiharan berkenaan tidak mempunyai kekuatan untuk dikuatkuasakan.

Beliau turut menegaskan sebarang perkara berkaitan kedudukan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan perlu mengambil kira kuasa serta kedudukan Undang Yang Empat selaras dengan adat dan peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.

Krisis itu kini menjadi perhatian selepas beberapa pihak mengemukakan pendirian berbeza berhubung kesahihan tindakan untuk menurunkan Tuanku Muhriz, sekali gus mencetuskan persoalan mengenai kedudukan institusi diraja negeri.

Sebarang keputusan mengenai kedudukan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan turut mempunyai kaitan rapat dengan struktur adat dan sistem pemerintahan negeri yang mengiktiraf peranan Undang Yang Empat dalam pemilihan serta urusan berkaitan institusi berkenaan.

Berita berkaitan
Ahmad Zahid tolak spekulasi Ismail Lasim letak jawatan, nafi hadir mesyuarat
2 jam lalu· Politik
Syahredzan gesa siasat dakwaan MB Negeri Sembilan dipaksa tandatangan
6 jam lalu· Politik
MB Negeri Sembilan: Saya tandatangan proklamasi secara paksaan
6 jam lalu· Politik
MB Negeri Sembilan tegaskan sokongan kepada Tuanku Muhriz
September 6, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Fahmi: Malaysia mahu ASEAN bersatu bendung ancaman dalam talian
2 jam lalu · Isu semasa
Harga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik 25 sen
4 jam lalu · Isu semasa
Haji 2027: B40 bayar RM15,000, T20 RM33,300
6 jam lalu · Isu semasa
Anwar terkesan kehilangan juruterbang Zainol Afiq dalam nahas
6 jam lalu · Isu semasa
Helikopter terhempas, Jemaah Menteri sampaikan takziah kepada keluarga lima mangsa
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok