MCMC ambil tindakan terhadap TikTok, gagal tangani akaun palsu Institusi Diraja

May 21, 2026 · Isu semasa

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengeluarkan tuntutan statutori terhadap platform media sosial, TikTok selepas didakwa gagal mengambil tindakan pantas terhadap kandungan berunsur penghinaan, ancaman dan maklumat palsu yang menyentuh Institusi Diraja Malaysia.

Tindakan itu dibuat susulan penularan kandungan daripada satu akaun yang kononnya mempunyai kaitan dengan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Kandungan terbabit didakwa mengandungi kenyataan melampau, video dijana kecerdasan buatan (AI) serta imej yang dimanipulasi sehingga boleh mengelirukan orang ramai.

MCMC dalam kenyataannya berkata, kandungan berkenaan berpotensi melanggar Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 selain beberapa peruntukan undang-undang jenayah lain di negara ini.

“MCMC memandang serius sebarang penyalahgunaan platform dalam talian bagi menyebarkan kandungan jelik melampau, palsu, berunsur ancaman atau memudaratkan ketenteraman awam, khususnya apabila melibatkan institusi Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu,” menurut kenyataan itu.

Menurut MCMC, isu membabitkan Institusi Diraja termasuk dalam sensitiviti 3R iaitu kaum, agama dan raja-raja yang boleh menggugat keharmonian serta ketenteraman awam jika tidak dikawal.

Sebelum ini, kerajaan beberapa kali menegaskan komitmen untuk memperketat kawal selia platform media sosial susulan peningkatan penyebaran kandungan fitnah, ucapan kebencian dan maklumat palsu di ruang digital.

MCMC juga pernah mengambil tindakan terhadap beberapa platform dan individu yang didakwa melanggar undang-undang komunikasi negara.

Dalam perkembangan sama, MCMC mendakwa pihaknya sudah mengadakan libat urus dan memberi makluman awal kepada TikTok, namun respons platform itu didapati tidak memuaskan terutama dalam usaha menurunkan kandungan terbabit dengan segera serta menghalang penyebaran lanjut.

Susulan tuntutan statutori itu, TikTok diarahkan memperkukuh mekanisme pemantauan kandungan, meningkatkan penguatkuasaan terhadap kandungan yang melanggar undang-undang Malaysia dan memberikan penjelasan rasmi berhubung kegagalan menangani isu berkenaan.

“MCMC akan terus mengambil tindakan tegas dan setimpal bagi memastikan platform digital yang beroperasi di Malaysia melaksanakan tanggungjawab mereka dalam mengekalkan persekitaran dalam talian yang selamat dan berhemah,” katanya.

Berita berkaitan
Pasukan khas pantau isu 3R menjelang PRN Johor, Negeri Sembilan
1 jam lalu· Politik
Fahmi nasihat Ketua Pengarah J-Kom agar berhati-hati di media sosial
2 jam lalu· Politik
Polis siasat dakwaan Rosmah terlibat pembelian hartanah mewah di AS
June 15, 2026· Isu semasa
Warga Rohingya tetap bayar caj rawatan, tiada subsidi diberikan: Dr Dzulkefly
June 15, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
RTM ambil langkah sekat akses VPN ke RTMKLIK
June 16, 2026 · Isu semasa
Anwar berlepas ke Rusia sertai Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN
1 jam lalu · Isu semasa
Onn Hafiz ubah jadual untuk hadir ke majlis bersama Loke
8 jam lalu · Isu semasa
Pelatih silat mengaku tidak bersalah hina institusi Agong
8 jam lalu · Isu semasa
Bekas pegawai NGO berdepan kes rasuah RM98 juta, 2 jam baca 158 pertuduhan
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
22 jam lalu
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok