50 kapal GSF dipintas tentera regim, 29 rakyat Malaysia ditahan

May 20, 2026 · Isu semasa

Sebanyak 50 kapal Flotila Kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 yang membawa bantuan ke Gaza didakwa dipintas tentera Israel di perairan antarabangsa, manakala 29 rakyat Malaysia dilaporkan antara yang ditahan dalam operasi itu.

Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Dr Sani Araby Abdul Alim Araby, berkata semua 428 aktivis dari 40 negara “diculik secara paksa” selepas kapal mereka dikepung tentera Zionis kira-kira 80 batu nautika dari pantai Gaza pada 18 dan 19 Mei.

Beliau mendakwa tindakan itu melanggar undang-undang antarabangsa termasuk Konvensyen Undang-Undang Laut Antarabangsa (UNCLOS 1982).

“Tindakan ketenteraan bersenjata di koridor laut bebas ini adalah pencabulan terhadap Artikel 87 dan Artikel 90 UNCLOS 1982 yang menjamin kebebasan pelayaran bagi kapal awam termasuk kapal kemanusiaan,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut beliau, beberapa kapal turut diserang secara agresif ketika misi kemanusiaan itu cuba meneruskan perjalanan ke Gaza.

Kapal Sirius didakwa dirempuh kapal tentera laut Israel dan disembur meriam air bertekanan tinggi, manakala rakaman turut menunjukkan tembakan dilepaskan ke arah kapal Girolama dan Elengi.

Semua aktivis termasuk doktor, pengamal media, kru kapal dan pembela hak asasi manusia kemudian dipindahkan secara paksa ke kapal perang Israel sebelum dipercayai dibawa ke Pelabuhan Ashdod.

SNCC turut mengesahkan empat lagi rakyat Malaysia ditahan iaitu Muhammad Hareez Adzrami, Chin Shiau Weai, Syed Amirul Syafiq Syed Iskandar dan Noor Thanisah Mohammad Tajudin.

Konflik di Gaza terus mendapat perhatian dunia sejak perang tercetus pada Oktober 2023 yang mengorbankan puluhan ribu penduduk Palestin serta mencetuskan krisis kemanusiaan besar.

Beberapa misi bantuan antarabangsa sebelum ini juga pernah cuba memasuki Gaza melalui laut bagi menyalurkan bekalan makanan dan ubat-ubatan.

Dalam perkembangan sama, kerajaan Malaysia dikatakan sedang menggerakkan usaha diplomatik bagi memastikan semua aktivis terbabit dibebaskan segera.

Dr Sani Araby berkata, pihaknya dimaklumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Menteri Luar Mohamad Hasan kini berhubung dengan negara sahabat bagi memantau keselamatan semua tahanan.

Berita berkaitan
Pengguna Waze dedah paparan data yang disimpan, cetus persoalan privasi
October 25, 2026· Isu semasa
Dalang kapal bawa dadah RM785 juta dikenal pasti, polis buru suspek
October 25, 2026· Isu semasa
Anwar: Waze mungkin diharamkan demi keselamatan negara
October 23, 2026· Isu semasa
Larangan Waze: NGO mahu Malaysia perluas boikot produk Israel
October 21, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
PMX arah isu e-dagang ditangani segera
3 jam lalu · Isu semasa
Dana Inovasi Media 2.0 diteruskan, lima skop pembiayaan ditawar: Fahmi
4 jam lalu · Isu semasa
PRN Melaka: SPRM buka bilik gerakan 24 jam, orang ramai boleh buat aduan
4 jam lalu · Isu semasa
MAPIM gesa tindakan tegas terhadap kempen kebencian susulan serangan di Kulai
4 jam lalu · Isu semasa
MCMC menang tuntutan RM15.32 juta terhadap MajuBina
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok