Sultan Selangor bertitah perpaduan Melayu bukan ancaman terhadap kaum lain

10 jam lalu · Isu semasa

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah usaha memperkukuh perpaduan Melayu tidak wajar dianggap sebagai ancaman terhadap kaum lain, sebaliknya menjadi asas kepada kestabilan dan keharmonian negara.

Baginda bertitah perpaduan sesuatu bangsa mampu mewujudkan negara yang aman serta rakyat yang saling menghormati antara satu sama lain.

“Beta mahu menegaskan bahawa perpaduan orang Melayu tidak harus disalah tafsir sebagai usaha untuk bermusuhan dengan semua kaum lain di negara ini. Sebaliknya, kekuatan sesuatu bangsa yang hidup bersatu akan menjadikan negara lebih aman, stabil dan rakyatnya saling hormat menghormati,” titah baginda dalam perutusan sempena Aidiladha dari Istana Alam Shah di Klang hari ini.

Baginda turut menyeru rakyat pelbagai kaum dan agama supaya menjaga sensitiviti masing-masing serta terus hidup dalam suasana aman damai.

Titah itu hadir ketika polemik berkaitan isu penternakan babi di Selangor masih hangat diperkatakan.

Kontroversi tercetus bulan lalu selepas Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan, Wong Siew Ki mencadangkan kerajaan negeri menilai semula pendekatan terhadap industri penternakan babi termasuk penggunaan sistem moden dan terkawal.

Cadangan itu mengundang kritikan pelbagai pihak kerana dilihat bertentangan dengan pendirian tegas Sultan Selangor yang tidak berkenan aktiviti penternakan babi dijalankan di mana-mana daerah di negeri itu.

Isu tersebut turut menjadi perhatian apabila baginda sebelum ini menasihatkan wakil rakyat, termasuk Wong dan bekas pemimpin DAP, Ronnie Liu supaya memahami dan menghayati prinsip Rukun Negara.

Dalam perutusan sama, Sultan Sharafuddin turut melahirkan kebimbangan terhadap pertelingkahan politik yang semakin kerap berlaku sehingga mencetuskan keresahan rakyat.

“Jika kita terus berpecah dan bertelingkah sesama sendiri, maka kita yang akan rugi dan lemah,” titah baginda sambil mengingatkan sejarah membuktikan perpecahan Melayu Islam pernah membuka ruang kepada pihak luar melemahkan kedudukan bangsa itu di tanah air sendiri.

Baginda turut mengambil contoh kegemilangan Kerajaan Uthmaniyyah yang menurutnya berjaya membina tamadun kuat melalui kehidupan masyarakat pelbagai bangsa yang harmoni di bawah pemerintahan Islam.

Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin turut menzahirkan ucapan selamat Aidiladha kepada umat Islam serta mendoakan jemaah haji Malaysia dipermudahkan urusan dan memperoleh haji mabrur.

Berita berkaitan
Polis rakam keterangan Tony Pua petang tadi selepas 77 terima laporan
3 jam lalu· Politik
Jangan mainkan isu Raja dan agama demi kepentingan politik: Amirudin
8 jam lalu· Politik
Malaysia aman jika tiada DAP: Dewan Ulama PAS
10 jam lalu· Politik
Hassan tegur DAP isu titah Sultan Selangor, boleh beri kesan buruk kepada PH
10 jam lalu· Politik
Lagi Isu semasa terkini
MCMC ambil tindakan terhadap TikTok, gagal tangani akaun palsu Institusi Diraja
8 jam lalu · Isu semasa
Jangan buat pembelian panik, bekalan asas negara masih stabil: Fahmi
9 jam lalu · Isu semasa
Malaysia cipta rekod RM1 trilion dagangan untuk empat bulan pertama
10 jam lalu · Isu semasa
Tiada unsur jenayah dalam insiden pegawai JSJ maut jatuh apartmen: Polis Selangor
10 jam lalu · Isu semasa
MCMC bersama CSO dalam libat urus bincang langkah keselamatan digital kanak-kanak
May 20, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok