MCMC berjaya tumpaskan sindiket Stesen Pangkalan Palsu di Johor

February 10, 2026 · Isu semasa

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berjaya menumpaskan satu lagi aktiviti sindiket pemancaran Stesen Pangkalan Palsu (Fake BTS) menerusi operasi khas di sekitar Bukit Chagar.

Operasi tersebut dijalankan hasil risikan awal, pemantauan teknikal serta analisis rangkaian yang mengesan aktiviti pemintasan rangkaian telekomunikasi dan penghantaran pesanan SMS palsu kepada orang awam.

Dalam operasi bersepadu bersama penyedia perkhidmatan telekomunikasi, pihak penguat kuasa mengenal pasti seorang individu serta sebuah kenderaan yang digunakan sebagai platform pemancaran.

Menurut MCMC, pemeriksaan di lokasi mengesahkan penggunaan peranti komunikasi tidak diperakui yang mampu memintas rangkaian sah.

“Peranti ini membolehkan SMS palsu dihantar terus ke telefon pengguna berhampiran tanpa melalui rangkaian rasmi,” menurut kenyataan suruhanjaya itu.

Siasatan awal turut mendapati individu terbabit dipercayai direkrut melalui tawaran kerja harian bagi mengendalikan peranti tersebut.

Kaedah ini dipercayai digunakan sindiket bagi mengembangkan operasi tanpa mendedahkan struktur sebenar rangkaian mereka.

“Maklumat yang diperoleh mengukuhkan kewujudan rangkaian sindiket yang menyasarkan kawasan tumpuan awam,” katanya lagi.

Fake BTS merupakan taktik penipuan yang semakin meningkat di Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini, di mana penjenayah menggunakan peralatan khas untuk meniru menara telekomunikasi sebenar.

Melalui kaedah ini, mangsa boleh menerima mesej palsu yang kelihatan sah, termasuk mesej berkaitan bank, penghantaran pakej atau agensi kerajaan.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 239(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Peraturan 16(1)(b) Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000.

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda sehingga RM1 juta atau penjara sehingga 10 tahun, manakala kesalahan di bawah Peraturan 16 boleh membawa denda sehingga RM300,000 atau penjara sehingga tiga tahun.

MCMC menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap penyalahgunaan rangkaian komunikasi dan akan terus memperkukuh pemantauan teknikal serta penguatkuasaan bagi melindungi pengguna dan memastikan keselamatan rangkaian negara.

Berita berkaitan
MCMC siasat video pementasan 2018 yang kembali tular
5 jam lalu· Isu semasa
Kes scam: Pesara guru rugi RM15,000 ditipu sindiket menyamar pegawai polis
September 20, 2026· Isu semasa
Projek Kampung Angkat MADANI perkasa kemudahan dua kampung di Kuala Pilah: Fahmi
September 20, 2026· Isu semasa
Scam: Terpedaya tawaran kripto, warga emas lesap RM218,000
September 17, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
1MDB mohon izin rayu keputusan libat firma guaman UK
5 jam lalu · Isu semasa
Lawatan Anwar ke Shanghai perkukuh hubungan Malaysia-China
5 jam lalu · Isu semasa
Gaji rakyat Malaysia naik kepada RM3,803 pada 2025
9 jam lalu · Isu semasa
Skandal FELDA: Laporan awal mula didedah minggu depan
September 20, 2026 · Isu semasa
Akta Tahanan Rumah: Tahanan reman mungkin tidak lagi duduk di penjara
September 20, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok