MCMC buka 36 kertas siasatan berkait berita palsu krisis tenaga

April 8, 2026 · Isu semasa

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) membuka 36 kertas siasatan berkaitan penyebaran berita palsu mengenai krisis tenaga global yang tular di media sosial dan platform digital.

Dalam kenyataan hari ini, MCMC memaklumkan seramai 22 individu dari pelbagai lokasi di seluruh negara telah dipanggil untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan.

“Setakat ini, enam kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk penelitian dan tindakan lanjut,” menurut kenyataan itu.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum dua tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Menurut MCMC, pihaknya memandang serius penyalahgunaan media sosial yang boleh mengelirukan orang ramai.

“Tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana individu yang melanggar undang-undang,” jelasnya.

Isu krisis tenaga global sebelum ini sering menjadi topik hangat susulan ketidaktentuan bekalan tenaga dunia, kenaikan harga minyak dan gas, serta konflik geopolitik yang memberi kesan kepada rantaian bekalan.

Ekoran itu, penyebaran maklumat tidak sahih dilihat boleh mencetuskan panik dan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

MCMC turut mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dan bertanggungjawab ketika berkongsi maklumat di platform digital.

Orang ramai disaran menyemak kesahihan sesuatu berita sebelum menyebarkannya bagi mengelakkan kesan negatif terhadap keharmonian masyarakat dan ketenteraman awam.

“Gunakan platform media sosial secara berhemah dan elakkan menyebarkan kandungan yang tidak pasti,” tegas suruhanjaya itu lagi.

Berita berkaitan
Dana Inovasi Media 2.0 perkasa industri media berdepan cabaran digital: Teo Nie Ching
7 jam lalu· Isu semasa
Lebih 724,000 kandungan judi dalam talian diturunkan MCMC: Teo Nie Ching
10 jam lalu· Isu semasa
MCMC siasat akaun Facebook hina Sultan Selangor
10 jam lalu· Isu semasa
Derma palsu guna visual AI, orang ramai diminta berwaspada
November 2, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan kaji pengecualian PTPTN untuk graduan kelas pertama
1 jam lalu · Isu semasa
RM14 bilion wang tidak dituntut, ramai tak sedar: Amir Hamzah
2 jam lalu · Isu semasa
Winbox, Alibaba antara sindiket judi dalam talian terbesar dalam pantauan polis
4 jam lalu · Isu semasa
Pengerusi TH terima Ijazah Kehormat Doktor Da’wah dan Pengurusan USIM
7 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah keluar injunksi halang Bloomberg siar artikel berkait Farhash: Laporan
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
November 1, 2026
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok