Pengarah Urusan MCMC, Abdul Karim Fakir Ali merasmikan Bengkel ITU–SKMM bagi Merapatkan Jurang Pemiawaian (BSG) dalam Piawaian dan Tadbir Urus AI, yang diadakan di Kuala Lumpur.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) melancarkan Peta Jalan Strategik Teknologi Komunikasi dan Multimedia 2025–2030 (MyTMAP2030) semasa Bengkel ITU (International Telecommunication Union)–MCMC bagi Standardisation Gap (BSG) mengenai Piawaian dan Tadbir Urus Artificial Intelligence (AI).
MyTMAP2030 akan berperanan sebagai pelan induk negara untuk memajukan sektor komunikasi dan multimedia dalam tempoh lima tahun akan datang, dengan matlamat memanfaatkan teknologi baharu, memacu inovasi, serta mempercepatkan penerimaan digital di seluruh negara.
“Piawaian dan tadbir urus AI adalah asas kepada kepercayaan, kerjasama dan inklusiviti dalam masa depan digital kita.
“Melalui bengkel ini dan pelancaran MyTMAP2030, Malaysia mengukuhkan komitmennya untuk membina AI yang bertanggungjawab, beretika dan memberi impak positif untuk rantau ini dan seterusnya,” kata MCMC dalam kenyataan.
Bengkel yang berlangsung dari 9 hingga 12 September 2025 ini menghimpunkan pembuat dasar, pengawal selia, pemimpin industri dan pakar dari seluruh Asia-Pasifik untuk mengukuhkan kerjasama dalam piawaian AI, tadbir urus, serta transformasi digital.
Bengkel ini dimulakan dengan panel peringkat tinggi membincangkan Piawaian dan Tadbir Urus AI, menampilkan wakil dari ITU, Jabatan Standard Malaysia serta pakar industri yang berkongsi pandangan tentang landskap AI, rangka kerja tadbir urus dan amalan terbaik.
Sementara itu, Pengarah Biro Pemiawaian Telekomunikasi ITU, Seizo Onoe, berkata komitmen yang ditunjukkan Malaysia menerusi langkah-langkah mengadakan sesi libat urus harus dipuji kerana ia akan memberi manfaat kepada pembangunan digital dunia.
“Piawaian ITU membantu dunia terus berinovasi dan melabur dalam pembangunan digital. Kami memupuk kepakaran dan keupayaan untuk semua merealisasikan nilai ini melalui program BSG dan inisiatif seperti Kumpulan Kerja Kemahiran AI.
“Kami berterima kasih kepada Malaysia atas komitmennya terhadap matlamat ini di dalam negara dan seluruh Asia dan Pasifik,” katanya.
Pengarah Biro Pembangunan Telekomunikasi ITU, Dr. Cosmas Luckyson Zavazava juga menambah dengan berkata kerjasama yang dijalin akan membentuk ekosistem digital yang lebih terbuka.
“Kolaborasi ini mencerminkan komitmen ITU untuk menyokong negara-negara di rantau Asia-Pasifik dalam memperkukuh keupayaan AI dan piawaian, merapatkan jurang pemiawaian serta memupuk ekosistem digital inklusif.”
MCMC menyokong penuh inisiatif kolaboratif ini bagi memastikan pembangunan berterusan dalam bidang AI dan seterusnya.
Kad UNHCR bukan lesen langgar undang-undang Imigresen
Zahid nafi KKDW terlebih belanja projek jalan luar bandar
Jerebu makin teruk, KPM benarkan anak tak ke sekolah
Agong perkenan penamatan darurat di Serian hari ini: PMO
Bekas Pengarah FELDA direman SPRM berhubung projek dan penjualan tanah
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum