Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) membuat laporan polis berikutan penemuan sebuah bungkusan mencurigakan yang dihantar melalui perkhidmatan kurier dengan menggunakan nama Pengerusinya sebagai penerima.
Menurut kenyataan MCMC, semakan awal dengan syarikat kurier mendedahkan bahawa penghantar bungkusan berkenaan menggunakan nama samaran dan nombor telefon tertentu yang telah aktif sejak bulan Jun tahun ini.
“MCMC memandang serius sebarang bentuk penghantaran mencurigakan yang boleh menimbulkan ancaman dan akan terus memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan awam serta integriti institusi terpelihara,” menurut kenyataan itu.
Syarikat kurier tersebut juga melaporkan sebanyak 55 aduan telah dibuat terhadap penghantar yang sama, termasuk 18 kes penghantaran barang yang tidak dipesan oleh penerima dan 37 kes penghantaran yang tidak lengkap atau gagal disempurnakan.
Sebagai langkah berjaga-jaga, MCMC telah meminta supaya bungkusan mencurigakan itu ditahan oleh syarikat kurier bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan oleh pihak polis.
Orang ramai juga diingatkan agar sentiasa berwaspada sekiranya menerima bungkusan daripada sumber yang tidak dikenali atau yang tidak pernah dipesan.
MCMC menasihati orang awam yang ragu-ragu untuk segera menghubungi pihak berkuasa atau syarikat kurier bagi mendapatkan pengesahan lanjut.
Guan Eng desak Sosma dimansuh susulan penahanan remaja 16 tahun
Agong berangkat ke Russia untuk lawatan khas: Laporan
SPRM sita aset RM9.7 juta dalam siasatan pelaburan RM300 juta
Sultan Pahang tegur salah guna kuasa di sebalik baju seragam dan institusi
Akses lebih adil kepada pelajar pelbagai aliran masuk ke universiti awam: Loke
[VIDEO] Ekonomi negara catat pertumbuhan kukuh, ringgit dan bursa meningkat
[VIDEO] Kalau ada tak terima bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia: Agong