MCMC nafi terlibat isu dalam laporan Anthropic

September 11, 2026 · Isu semasa

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menafikan penglibatan dalam sebarang aktiviti atau urusan seperti digambarkan dalam laporan terkini diterbitkan syarikat kecerdasan buatan (AI), Anthropic.

MCMC dalam kenyataan hari ini berkata, perkara dibangkitkan dalam laporan berkenaan bukan sebahagian daripada fungsi atau mandat suruhanjaya itu.

“MCMC juga tidak terlibat dalam sebarang aktiviti atau urusan sebagaimana yang digambarkan dalam laporan tersebut,” menurut kenyataan itu.

Menurut MCMC, pihaknya mengambil serius perkara dibangkitkan dan kini sedang meneliti kandungan laporan berkenaan bagi mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai isu terbabit.

Suruhanjaya itu turut memaklumkan akan mendapatkan maklumat serta penjelasan lanjut daripada pihak berkaitan bagi memastikan fakta sebenar dan memahami konteks isu yang dibangkitkan.

“Berdasarkan maklumat dan bukti yang diperoleh, MCMC akan menentukan tindakan susulan yang bersesuaian mengikut bidang kuasanya, termasuk bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan,” katanya.

MCMC menegaskan usaha melindungi orang ramai serta menangani kemudaratan dalam talian kekal menjadi antara tanggungjawab utamanya.

Suruhanjaya itu turut memberi jaminan akan meneruskan usaha memastikan persekitaran dalam talian di Malaysia kekal selamat dan dipercayai rakyat.

Kenyataan MCMC itu dikeluarkan susulan laporan Anthropic yang mencetuskan persoalan berkaitan aktiviti atau urusan melibatkan pihak tertentu dalam ekosistem digital dan AI.

MCMC memilih untuk mendapatkan maklumat lanjut sebelum menentukan sebarang tindakan dalam bidang kuasanya.

Berita berkaitan
MCMC siasat individu didakwa persenda perkataan dalam al-Quran
3 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan tubuh Tabung Pos RM150 juta, beroperasi awal 2027: Fahmi
11 jam lalu· Isu semasa
MCMC siasat dakwaan AI hasilkan video seksual libat guru, pelajar
October 8, 2026· Isu semasa
Kandungan palsu berhubung dua kematian pelajar, MCMC ambil tindakan
October 8, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Pemuda Melayu didakwa terlibat ritual bukan Islam disiasat: Zulkifli
8 jam lalu · Isu semasa
Penjimatan negara membolehkan hasil dipulangkan kepada rakyat: Anwar
8 jam lalu · Isu semasa
Anwar hargai bantuan Mesir permudah salur bantuan Malaysia ke Gaza
11 jam lalu · Isu semasa
Jerebu makin membimbangkan, tiada kawasan catat IPU sihat
14 jam lalu · Isu semasa
Hantaran KWSP RM100,000 warnai pernikahan Syed Saddiq, Bella
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok