MCMC sebelum ini menyiasat seorang individu mengaku doktor forensik kononnya terlibat dalam bedah siasat kematian Zara Qairina.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menjalankan siasatan terhadap penyebaran kandungan di media sosial berkaitan kes kematian pelajar sekolah, Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, yang disyaki mengandungi maklumat palsu serta unsur sensitif berkaitan Kaum, Agama dan Institusi Diraja (3R).
Menurut MCMC, kandungan tersebut bukan sahaja berpotensi menimbulkan kekeliruan dalam kalangan orang awam, malah boleh mengganggu kelancaran siasatan yang sedang dijalankan pihak berkuasa.
Sebagai sebahagian daripada siasatan, seorang pengendali laman Facebook telah dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras pada 9 Ogos lalu. Satu unit telefon bimbit dan kad SIM turut dirampas untuk tujuan siasatan lanjut.
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang membawa hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
MCMC dalam kenyataannya mengingatkan orang ramai agar tidak tergesa-gesa menyebarkan sebarang maklumat yang belum disahkan dan memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menyelesaikan siasatan.
“Penyebaran maklumat tidak tepat bukan sahaja boleh menyinggung perasaan keluarga mangsa, malah bertentangan dengan nilai etika dan berisiko mengganggu proses keadilan,” tegas MCMC.
Pihak berkuasa turut menasihati orang ramai supaya lebih bertanggungjawab dalam berkongsi maklumat di platform digital dan melaporkan sebarang kandungan yang diragui kesahihannya.
Kad UNHCR bukan lesen langgar undang-undang Imigresen
Zahid nafi KKDW terlebih belanja projek jalan luar bandar
Jerebu makin teruk, KPM benarkan anak tak ke sekolah
Agong perkenan penamatan darurat di Serian hari ini: PMO
Bekas Pengarah FELDA direman SPRM berhubung projek dan penjualan tanah
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum