Menteri Kerja Raya nafi dakwaan tol untuk penunggang motosikal

August 10, 2025 · Isu semasa

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, menegaskan bahawa tiada sebarang bayaran tol akan dikenakan terhadap penunggang motosikal, menolak kenyataan viral di media sosial yang mendakwa sebaliknya.

Beliau menyifatkan maklumat yang tersebar itu sebagai tidak benar dan bersifat fitnah, sambil menekankan bahawa kementeriannya tidak pernah merancang untuk melaksanakan dasar sedemikian.

“Apa yang tular di media sosial mengenai penunggang motosikal kena bayar tol mulai Oktober ini adalah tidak betul. Ini fitnah semata-mata,” tegas Alexander selepas Majlis Penyerahan Projek Menaiktaraf Laluan FT003 di Kampung Pak Badol hari ini.

Kenyataan tegas ini dibuat susulan hantaran viral oleh laman sosial Ebidmotor.com yang mendakwa penunggang motosikal perlu membayar tol mulai Oktober depan. Hantaran tersebut telah mendapat ribuan reaksi termasuk 6,900 tanda suka, 2,100 komen dan 576 perkongsian.

Sebelum ini, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) turut mengeluarkan kenyataan rasmi menafikan dakwaan tersebut, menyifatkannya sebagai maklumat palsu yang boleh menimbulkan kebimbangan tidak berasas dalam kalangan pengguna jalan raya.

“LLM menegaskan tiada perubahan terhadap kategori kenderaan yang dikenakan tol, termasuk motosikal. Hantaran ini bukan sahaja mengelirukan malah boleh menjejaskan reputasi kerajaan dan agensi berkaitan,” menurut kenyataan LLM.

Alexander mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dalam mempercayai dan menyebarkan maklumat di media sosial, terutamanya yang bersifat provokatif dan belum disahkan kebenarannya oleh sumber rasmi.

Berita berkaitan
Penjenayah 10 rekod ditembak selepas kejar-mengejar di LDP
October 10, 2026· Isu semasa
AGC teliti bukti kes tular Ketua Pengarah AKPS: Laporan
October 6, 2026· Isu semasa
Polis serah laporan kes Ketua AKPS, AGC tentukan tindakan lanjut
October 6, 2026· Isu semasa
Saifuddin: Jangan buat kesimpulan awal insiden Shuhaily di KLIA
October 5, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Pindaan akta melibatkan pemandu mabuk dibentang awal tahun depan
October 12, 2026 · Isu semasa
Jordan-Malaysia mahu perkukuh kerjasama pertahanan
October 12, 2026 · Isu semasa
Rakyat Malaysia diminta tangguh umrah ke Arab Saudi: Mat Hasan
1 jam lalu · Isu semasa
MCMC turunkan kandungan hina Agong di Threads
1 jam lalu · Isu semasa
Lapangan terbang Riyadh diserang lagi, seorang maut
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok