MTEN mahu sewa premis PBT dikurangkan segera: Menteri Ekonomi

May 12, 2026 · Isu semasa

Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) menggesa semua pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri supaya segera mengurangkan kadar sewa premis serta kedai di bawah seliaan masing-masing bagi membantu peniaga kecil menghadapi tekanan kos operasi yang semakin meningkat.

Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, langkah itu penting bagi memastikan peniaga kecil, pengusaha pasar malam dan usahawan mikro terus bertahan dalam keadaan ekonomi semasa yang mencabar.

“Mereka terdedah kepada aliran tunai yang lemah dan terlalu bergantung kepada satu sumber pendapatan. Tanpa intervensi, risiko penutupan premis boleh meningkat dengan ketara,” katanya ketika menyampaikan taklimat Krisis Bekalan Global secara dalam talian hari ini.

Beliau berkata kos operasi kini meningkat antara tujuh hingga 58 peratus daripada keseluruhan kos perniagaan, sekali gus memberi tekanan besar kepada golongan peniaga kecil di seluruh negara.

Menurutnya, beberapa agensi kerajaan sudah memulakan langkah tersebut termasuk Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang melaksanakan pengurangan sewa sebanyak 20 peratus melibatkan lebih 7,000 lot premis mulai bulan ini.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) turut menawarkan potongan 50 peratus bagi tapak penjaja terpilih sehingga Disember 2027.

“Usaha ini bertujuan memastikan peniaga kecil terus berniaga, pekerja masih mempunyai pendapatan dan ekonomi komuniti dapat terus bergerak,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Akmal berkata tekanan kos kini mula dirasai dalam sektor perkhidmatan apabila Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan meningkat 2.1 peratus pada suku pertama tahun ini, didorong kenaikan harga dalam subsektor penginapan, makanan dan minuman serta pengangkutan.

Beliau turut memaklumkan beberapa barangan makanan menunjukkan peningkatan harga sejak awal Mei lalu, antaranya ikan kembung, udang putih, sawi dan santan kelapa segar.

“Walaupun statistik menunjukkan harga makanan masih terkawal, kerajaan bimbang ada rakyat terutama di luar bandar mula merasai tekanan kos sara hidup,” katanya.

Susulan itu, MTEN bersetuju supaya Ketua Setiausaha Negara bersama semua kementerian menyelaras bantuan kerajaan agar lebih cepat sampai kepada golongan miskin dan rentan.

Dalam pada itu, Akmal berkata trend penggunaan pengangkutan awam turut meningkat apabila jumlah penumpang rel naik 7.6 peratus dan bas meningkat 10.3 peratus pada April lalu, menunjukkan rakyat mula memilih gaya hidup lebih berjimat dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu.

Berita berkaitan
Industri kreatif sumbang RM130.7 bilion kepada ekonomi negara
October 29, 2026· Isu semasa
KPKT batalkan 28,401 lesen, warga asing berniaga haram diburu
October 26, 2026· Isu semasa
Ekonomi Malaysia kukuh, ringgit dijangka cecah RM3.97: Hong Leong Bank
October 26, 2026· Isu semasa
Dana Inovasi Media: Fahmi mahu AI bantu wartawan, bukan ganti mereka
October 24, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Sultan Selangor gering, istiadat 1 November ditunda
5 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan lulus RM250 juta siapkan KB Sentral, tambah bantuan pendidikan Islam Kelantan
5 jam lalu · Isu semasa
Dana Inovasi Media: MPI hargai komitmen kerajaan perkukuh industri media
5 jam lalu · Isu semasa
Bantu golongan miskin tanggungjawab kerajaan: Anwar
10 jam lalu · Isu semasa
PMX umum tambahan geran bantu usahawan kecil sebanyak RM200 juta
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok