Muhyiddin desak SPRM siasat dakwaan salah guna kuasa dalam video tular Albert Tei

November 26, 2025 · Politik

Pengerusi Perikatan Nasional, Muhyiddin Yassin menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia supaya membuka siasatan terhadap Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berhubung dakwaan salah guna kuasa.

Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia menyatakan kebimbangan mendalam mengenai skandal rasuah yang didakwa membabitkan bekas Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Shamsul Iskandar Md Akin susulan pendedahan video tular oleh Tei semalam.

Muhyiddin menyifatkan isu ini telah mengejutkan seluruh negara memandangkan ia melibatkan individu dalam lingkungan paling rapat dengan Anwar.

Menurutnya, satu lagi dimensi yang lebih membimbangkan telah timbul melalui video pendedahan oleh seorang individu bernama Tei yang tular di media sosial.

Video itu mendakwa wujudnya konspirasi jahat untuk menggunakan kes rasuah lesen mineral yang membabitkan ahli politik Sabah dari parti GRS demi kepentingan politik peribadi Perdana Menteri.

“Ini dakwaan yang jauh lebih berat daripada tuduhan rasuah terhadap bekas Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhyiddin kemudiannya mengemukakan beberapa persoalan kritikal berhubung isu membabitkan pendedahan video oleh Tei tersebut.

“Adakah benar Perdana Menteri menggunakan kedudukannya untuk melindungi ahli-ahli politik GRS yang terbabit dalam kes rasuah lesen mineral Sabah sebagai balasan untuk mereka terus menyokong Perdana Menteri dan Kerajaan Madani? Adakah benar Perdana Menteri menggunakan kes rasuah ahli-ahli politik GRS sebagai ugutan terhadap ahli-ahli politik tersebut?” soalnya.

Beliau menegaskan Perdana Menteri tidak boleh mengelak daripada menjawab persoalan-persoalan serius ini yang secara langsung mencemarkan integriti kepimpinan tertinggi negara.

Gesaan untuk siasatan segera oleh SPRM dilihat sebagai langkah penting untuk membersihkan namanya dan menjawab segala kemusykilan rakyat.

Berita berkaitan
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
September 4, 2026· Isu semasa
Kes MEX II: DNAA Abu Sahid, isteri ditolak mahkamah
September 4, 2026· Isu semasa
Hadi: Jangan guna isu rasuah jatuhkan lawan
September 4, 2026· Politik
AG digesa semak semula 47 kes pertuduhan Zahid: Rayer
September 3, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Amanah gesa dakwaan campur tangan asing disiasat, bukan jadi modal politik PAS
September 6, 2026 · Politik
Undi PAS bukan tiket ke syurga: Mujahid
September 6, 2026 · Politik
MB Negeri Sembilan tegaskan sokongan kepada Tuanku Muhriz
September 6, 2026 · Politik
Kedutaan AS nafi dakwaan dibuat Hadi berhubung tawaran jatuhkan BN: Laporan
September 6, 2026 · Politik
PAS: Ketidakhadiran Zahid bukan tanda UMNO solo, kerjasama diteruskan
20 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok