Ketua Penerangan Parti Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz.
Tun Faisal Ismail Aziz mendedahkanPresiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, pernah memberikan dana sebanyak RM10 juta kepada UMNO bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 2020.
Menurut Ketua Penerangan Bersatu itu, pemberian dana tersebut dibuat ketika Muhyiddin masih menjawat jawatan Perdana Menteri dan Bersatu merupakan parti kerajaan dan menjelaskan PAS bukanlah satu-satunya parti yang mendapat bantuan kewangan daripada Bersatu.
“Waktu Muhyiddin menjadi PM dan Bersatu jadi kerajaan, dia beri bantuan kepada sesiapa sahaja termasuk UMNO dan BN (Barisan Nasional), yang tidak bertanding di bawah bendera Perikatan Nasional dan yang (akhirnya) mengkhianati dia,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Rabu.
Tun Faisal mendakwa permintaan bantuan tersebut datangnya daripada Setiausaha Agung UMNO pada masa itu, Annuar Musa.
“Semua calon PN menerima bantuan yang selayaknya daripada Muhyiddin.
“Serupalah macam dalam PRN Sabah dulu, apabila UMNO-BN tidak cukup dana untuk PRN dan Annuar Musa minta bantuan, setiausaha agung UMNO ketika itu diberi bantuan RM10 juta,” jelasnya.
Beliau turut mendakwa wang tersebut kemudiannya diserahkan oleh seorang pembantu Annuar kepada Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, di sebuah hotel di Sabah.
Kenyataan ini dikeluarkan sebagai respons kepada kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki, yang mendakwa pembiayaan Bersatu kepada PAS mengesahkan ‘khabar angin’ mengenai punca perpecahan kerjasama mereka dalam Muafakat Nasional (MN).
Tun Faisal menambah, pemberian dana itu dibuat oleh Muhyiddin secara senyap walaupun menyedari terdapat khabar angin mengenai rancangan tertentu untuk mengkhianatinya.
“Semua bantuan dan dana ini Muhyiddin berikan secara senyap-senyap tanpa perlu merendah-rendahkan dan menghina sesiapa,” tegasnya.
Pendedahan ini timbul ketika hubungan antara parti-parti pembangkang, khususnya PAS dan Bersatu, dilihat semakin tegang berhubung isu dana dan kepimpinan.
Fahmi: Jangan berhenti, perjuangan rakyat mesti diteruskan
Akta Tabung Haji akan dipinda, amanah umat Islam jadi keutamaan
Kemiskinan, dadah ancaman sebenar orang Melayu: Saifuddin Nasution
RM2.58 bilion rugi, Syed Saddiq persoal pelaburan TH sampai ‘naik darah’
14 pembahas sokong DAP terus kekal dalam Kerajaan Perpaduan
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri