Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Jeffrey Kitingan.
Masa depan lima orang pemimpin kanan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) yang dilihat kekal setia dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan diputuskan dalam satu mesyuarat khas parti.
Perkara itu diumumkan oleh Presiden STAR, Jeffrey Kitingan, yang menyatakan mesyuarat tersebut akan menentukan status keahlian mereka yang tidak mengikut keputusan parti untuk keluar daripada gabungan itu.
Menurut Kitingan, beliau telah memberikan tempoh seminggu kepada mereka untuk membuat penjelasan.
“Saya telah memberikan mereka tempoh selama seminggu untuk menentukan keputusan mereka sama ada mahu terus bersama STAR atau sebaliknya, dan tempoh itu berakhir esok,” katanya dipetik laporan media.
Lima pemimpin berkenaan ialah Timbalan Presiden, Ellron Angin (Sook), Robert Tawik (Bingkor), Abidin Madingkir (Paginatan), Annuar Ayub (Liawan) dan Flovia Ng (Tulid).
Kesemua mereka hadir semasa Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi GRS semalam, walaupun parti mereka, STAR bersama-sama Parti Maju Sabah (SAPP), telah mengumumkan keluar daripada gabungan.
Kitingan bagaimanapun mengambil sikap terbuka dalam isu ini.
“Saya menghormati keputusan berkenaan dan itu adalah hak mereka untuk membuat sebarang keputusan,” ujarnya.
Keputusan mesyuarat esok dijangka memberikan kejelasan mengenai landasan STAR menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17.
Pelaburan negeri hasil usaha PH sebelum Kerajaan Perpaduan: Aminuddin
UMNO teliti 14 tawaran PN sebelum buat keputusan
BN NS akui Tok Min berjaya tingkatkan hasil negeri sepanjang PH tadbir
Kerjasama BN-PH bukan kontrak sampai mati
Tengku Zafrul nafi wujud sabotaj dalam kempen calon PKR
[VIDEO] Manivanan yakin gelombang sokongan kepada PH di Jeram Padang meningkat
[VIDEO] PH komited perkasa kebajikan rakyat Jeram Padang