Nga Kor Ming akur terima teguran, sedia bertemu media

November 2, 2025 · Politik

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming, mengambil langkah proaktif untuk menangani salah faham berikutan satu insiden baru-baru ini yang melibatkan para wartawan.

Kor Ming dengan rendah hati menerima segala teguran yang diterimanya dan mengambil tanggungjawab sepenuhnya mengakui kemungkinan wujudnya kekhilafan dari pihaknya.

Insiden tersebut berlaku semasa sidang media prapelancaran program pencahayaan i-Lite U semasa menjawab pertanyaan pengamal media.

“Saya menerima teguran ini dengan hati yang terbuka,” kata Kor Ming.

“Saya bersedia untuk berjumpa dengan pihak media yang terbabit dalam masa terdekat, supaya perkara ini dapat diselesaikan dengan baik dan teratur,” tambahnya lagi.

Beliau turut menegaskan semula komitmennya terhadap hubungan yang saling menghormati dengan institusi media dan menafikan sebarang niat untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak, terutamanya wartawan yang diiktirafnya sebagai tonggak penting dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat.

“Selaku pemimpin, saya ingin menegaskan bahawa saya sentiasa menghormati kebebasan media,” jelas beliau.

“Objektif saya hanyalah untuk bersama-sama membina sebuah Malaysia masyarakat berbilang kaum yang inklusif, progresif dan sentiasa mengangkat martabat negara,” ujarnya.

Beliau turut meluahkan penghargaan atas sokongan media yang berterusan dalam menyampaikan segala inisiatif dan maklumat KPKT kepada orang ramai, menjadikan insiden ini sebagai titik tolak ke arah komunikasi yang lebih baik pada masa hadapan.

Berita berkaitan
RM15 juta dana kreatif dibuka 16 November: Fahmi
17 jam lalu· Isu semasa
Anugerah Seri Angkasa iktiraf sumbangan warga penyiaran: Fahmi
18 jam lalu· Isu semasa
Dana Inovasi Media: Fahmi mahu AI bantu wartawan, bukan ganti mereka
October 24, 2026· Isu semasa
MCMC siasat Facebook gagal sekat video serangan guru: Fahmi
October 23, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
PRN Melaka: Adam Adli yakin calon baharu PKR mampu buat kejutan
3 jam lalu · Politik
Aziz Bari: PAS parti politik, bukan agama
4 jam lalu · Politik
Zahid beri jaminan, kemelut calon MCA akan diselesaikan
4 jam lalu · Politik
PRN Melaka: PKR tawar 30 peratus calon wanita
4 jam lalu · Politik
Tolak politik kebencian, perkukuh perpaduan: Anwar
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok