Operasi Spa Songsang: 171 individu dibebaskan, permohonan reman ditolak

November 30, 2025 · Isu semasa

171 individu tempatan yang ditahan dalam serbuan besar-besaran ke atas sebuah pusat spa dan kesihatan di Chow Kit telah dibebaskan oleh mahkamah, kelmarin.

Pembebasan itu berikutan permohonan reman terhadap kesemua mereka yang ditahan di pusat spa songsang itu ditolak atas faktor kelewatan permohonan yang dikemukakan oleh pihak polis.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Fadil Marsus, mengesahkan perkara itu dan menjelaskan kelewatan permohonan reman berpunca daripada jumlah tangkapan yang terlalu ramai dan memerlukan proses pengelasan yang teliti.

“Permohonan reman ini lewat kerana ia melibatkan jumlah tangkapan yang ramai dan proses pengelasan perlu dilakukan satu persatu.

“Keadaan ini menyebabkan permohonan reman dibuat lewat dan atas sebab itu, majistret telah menolaknya,” katanya dipetik laporan media.

Menurut beliau, daripada 202 individu yang ditahan dalam operasi pada Jumaat lalu itu, hanya 31 warga asing yang berjaya direman selama dua hari di bawah Akta Imigresen.

Operasi yang dirancang selama dua minggu itu mendedahkan kegiatan songsang yang membimbangkan di premis berkenaan.

Bagaimanapun, siasatan lanjut menemui jalan buntu dan Fadil menjelaskan berdepancabaran utama dari segi sudut undang-undang

“Tiada bukti yang boleh membantu polis menjalankan siasatan lanjut. Walaupun tindakan telah diambil, penganjur nampaknya masih bebas,” jelas Fadil.

“Bagi kes eksploitasi, pelacuran atau perlakuan luar tabi‘i, mesti ada mangsa. Namun, tiada seorang pun daripada mereka yang mengaku menjadi mangsa, jadi kes tidak dapat diteruskan,” ujarnya lagi.

Kesemua individu yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 377 dan Seksyen 372 Kanun Keseksaan.

Serbuan yang dijalankan bersama DBKL dan JAWI itu mendedahkan premis tersebut menawarkan kemudahan sauna, jakuzi, dan sebuah ‘bilik gelap’ khas untuk aktiviti tidak bermoral.

Berita berkaitan
PUTRA lapor polis, dakwa Exco Negeri Sembilan ganggu institusi Raja
11 jam lalu· Politik
Kes scam: Pesara guru rugi RM15,000 ditipu sindiket menyamar pegawai polis
September 20, 2026· Isu semasa
Akta Tahanan Rumah: Tahanan reman mungkin tidak lagi duduk di penjara
September 20, 2026· Isu semasa
Van polis ditempatkan di kediaman Najib mulai esok
September 20, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
1MDB mohon izin rayu keputusan libat firma guaman UK
15 jam lalu · Isu semasa
Lawatan Anwar ke Shanghai perkukuh hubungan Malaysia-China
15 jam lalu · Isu semasa
MCMC siasat video pementasan 2018 yang kembali tular
15 jam lalu · Isu semasa
Gaji rakyat Malaysia naik kepada RM3,803 pada 2025
19 jam lalu · Isu semasa
Skandal FELDA: Laporan awal mula didedah minggu depan
September 20, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok