Ops Songsang: JAWI siasat individu ditahan dibawah kesalahan liwat

November 30, 2025 · Isu semasa

Siasatan terhadap lebih 100 warga tempatan yang ditahan dalam serbuan ‘Ops Songsang’ di sebuah kelab kesihatan di ibu negara Jumaat lepas masih diteruskan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Mohd Na’im Mokhtar, menegaskan siasatan itu dijalankan mengikut peruntukan Seksyen 25 dan Seksyen 47 Akta Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997.

“Seksyen 25 berkaitan dengan kesalahan liwat dan Seksyen 47 ialah percubaan melakukan kesalahan itu. Jadi daripada pihak JAWI, siasatan masih berjalan,” kata selepas Majlis Penutup Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan Pengelola Jemaah Haji (PJH) Musim Haji 1447H/ 2026M hari ini.

Beliau juga berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta JAWI akan memperhebatkan usaha dakwah dan memberi penjelasan mengenai perbuatan songsang yang jelas bertentangan dengan ajaran agama dan nilai MADANI.

“Perbuatan ini memang tidak boleh diterima undang-undang apa lagi dari sudut agama,” tegas Mohd Na’im.

Sementara itu, pihak polis mengesahkan seramai 171 individu lelaki yang ditahan di spa tersebut sudah dibebaskan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Fadil Marsus, sebelum ini menjelaskan pembebasan itu dilakukan setelah mahkamah menolak permohonan reman terhadap mereka.

Beliau menambah, tanpa pengakuan mangsa, siasatan di bawah Seksyen 377 (persetubuhan luar tabii) dan Seksyen 372 (eksploitasi pelacuran) Kanun Keseksaan tidak dapat diteruskan.

Dalam serbuan Jumaat lepas itu, seramai 17 penjawat awam antara 208 individu telah ditahan, dengan turut disita kondom dan beberapa peralatan yang dipercayai digunakan untuk tujuan tidak bermoral.

Berita berkaitan
Tindakan terhadap Sin Chew dan Sinar Harian mengikut peruntukan undang-undang: Fahmi
February 4, 2026· Isu semasa
Menteri Agama puji dasar hijab AirAsia, cadang syarikat lain ikut jejak
December 6, 2025· Isu semasa
Sultan Abdullah bertitah larangan aktiviti songsang di Pahang
December 2, 2025· Isu semasa
Saifuddin Nasution pertahan serbuan pihak berkuasa di pusat spa ‘songsang’
December 2, 2025· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Polis pertahan guna Akta Hasutan terhadap pengguna TikTok
5 jam lalu · Isu semasa
Kes tular pemandu bas riba kekasih: Pasangan dipenjara, didenda RM5,000
5 jam lalu · Isu semasa
Ekonomi Malaysia diunjur tumbuh 5.3 peratus pada suku pertama 2026
5 jam lalu · Isu semasa
Inflasi Malaysia naik 1.7 peratus pada Mac: DOSM
5 jam lalu · Isu semasa
Kapal minyak Malaysia hampiri perairan negara dari Selat Hormuz: PMX
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok