Wan Muhammad Azri Wan Deris atau dikenali juga sebagai Papagomo.
Aktivis politik, Wan Azri Wan Deris dijatuhi hukuman penjara 30 hari oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu kerana kesalahan menghina mahkamah.
Pesuruhjaya Kehakiman, Gan Techiong menjatuhkan hukuman tersebut setelah mendengar hujah daripada kedua-dua belah pihak dalam prosiding komital yang difailkan oleh bekas Ketua Polis Negara, Razarudin Husain terhadap Wan Azri.
Selain hukuman penjara, mahkamah juga memerintahkan Wan Azri untuk membayar kos berjumlah RM30,000 kepada Razarudin.
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan hukuman penjara itu digantung sementara menunggu proses rayuan yang akan difailkan oleh Wan Azri.
Dalam penghakimannya, Hakim Gan menyatakan permohonan maaf yang dibuat oleh Wan Azri kepada Razarudin di sebuah platform media sosial pada 1 Mei lalu adalah tidak boleh diterima.
Beliau berkata, penambahan muzik latar dalam video permohonan maaf tersebut menjadikannya kelihatan seperti sebuah video hiburan dan tidak bersungguh-sungguh.
“Beliau sepatutnya mengetahui cara yang betul untuk menerbitkan permohonan maaf jika benar-benar ikhlas, sama ada di YouTube, TikTok, atau X,” tegas Hakim Gan.
Hukuman penjara 30 hari itu dipecahkan kepada 15 hari kerana gagal mematuhi perintah mahkamah untuk membuat permohonan maaf secara betul, dan 15 hari lagi disebabkan kenyataan susulan di media sosial yang menunjukkan tiada rasa penyesalan.
Pada Februari lalu, mahkamah telah memberikan kebenaran kepada Razarudin untuk memulakan prosiding komital terhadap Wan Azri atas dakwaan melanggar injunksi mahkamah yang dikeluarkan pada 10 Januari.
Injunksi tersebut melarang Wan Azri atau wakilnya daripada menerbitkan atau menyiarkan sebarang kenyataan fitnah terhadap Razarudin di semua platform media sosial.
Pada 30 April, Wan Azri telah membacakan kenyataan memohon maaf di mahkamah yang menyatakan kekesalan atas tindakannya dan mengakui kenyataannya pada 14 Januari telah menghina Razarudin.
Beliau juga memohon maaf kerana memuat naik gambar Razarudin yang telah diubah suai pada hari berikutnya di platform yang sama.
Mahkamah kemudian memerintahkan agar permohonan maaf tersebut disiarkan di platform YouTube, TikTok, X dan Telegram selama sekurang-kurangnya tujuh hari dan Wan Azri telah memberikan akujanji untuk mematuhi perintah tersebut pada 30 April.
Pada 26 Disember tahun lalu, Razarudin telah memfailkan saman RM3 juta terhadap Wan Azri atas tuduhan memfitnah.
RCI Tabung Haji ditubuh ketika UMNO berkuasa, kenapa dipersoal sekarang? – Mahfuz
Bersatu Melaka terbuka kerjasama dengan PH hadapi PRN
PRN Melaka: Amirudin diberi amanah teliti kerjasama PH-BN
Mahu jawatan PM, UMNO perlu bersama dengan PN: PAS Selangor
Akmal sahkan Pemuda UMNO akan hadir Muktamar Pemuda PAS
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri